salam, apa khabar semua... lama dah tak update blog ni. sampaikan password saya pun dah lupa. nasib baik boleh ingat balik.
apa topik harini? masa releks-releks kat rumah tadi teringat pulak kisah-kisah masa mula-mula memancing patin dulu.... macam-macam resepi umpan yang saya cipta. masa tu pun selalu mancing 'lone ranger' jer. kira dah berabis ribu-ribu mancing ikan air tawar ni. kalau nak katakan RnD umpan tu sampaikan ada buku resepi umpan setebal 50 mukasurat....hahaha..... rezeki tetap ketentuan Ilahi, dah lama RnD umpan akhirnya dapat umpan yang mujarab untuk patin. hm.. saya pernah pos umpan ni kat blog ni kan? ada......ok la kalau ada yang terlupa atau tak pernah masuk blog ni ni linknya http://topangler81.blogspot.com/2010/02/umpan-patin.html
harini tercetus plak idea nak buat menambah baik umpan ni. hai la... RnD lagi.... tak pe la asalkan happy....
nampak sama je kaler dengan umpan yang asal tapi ada beberapa bahan tambahan selain dari kelapa dan tempe sebagai bahan utama.
nampak gayaya kena keluar balik la mesin TICA 554 aku tu yang dah lama tersadai lepas ni.......
ada sape-sape yang nak tempah ke Hahahaha...............
-topangler81-
dalam blog ni saya akan kongsikan pengalaman saya tentang teknik, cara dan rahsia-rahsia memancing kolam berbayar. semoga semua beroleh keberkatan dan rahmat daripada-Nya
31 Mac 2013
21 Oktober 2012
teknik dan taktik pacu gadang
salam semua
pacu gadang..... macammana nak mancing ni? kalau pacu kecik memang la senang. rata-rata pemancing hanya menggunakan umpan hati ayam (main kotor) atau cengkerik jer nak pikat pacu ni. tapi selalu yang makan pacu kecil jer. paling besar pun dalam saiz 2kg jer......
kalau nak dibandingkan haiwan lain dengan ikan ni lebih kurang sama je tabiat pemakanannya. kalau yang kecil selalunya tak kisah sangat dengan makanan tapi yang besar selalunya agak memilih....
tak semua pemancing yang berjaya menjerat pacu gadang ni.... saya selalu akan menggunakan anak ikan atau hirisan ikan kecil yang ada kat kolam ni untuk menjerat pacu besar
ikan yang selalu menjadi mangsa pacu gadang
apa yang penting bagi saya adalah anda mesti menggunakan umpan yang banyak dalam kolam tu. umpan yang banyak? maksudnya kalau banyak talapia, gunakan la talapia. kalau banyak ikan seluang, gunakan la seluang supaya pacu tak culas. selalu saya hanya gunakan isi ikan sahaja
contohnya anda pergi memancing ke sebuah kolam ni. nasib tak berapa bagus dapat plak talapia... takpe ikan kecil untuk dapat ikan besar... potong daging ikan tu. cangkukkan kat matakail yang besar sikit. pastikan gunakan perambut dawai. kalau tak pun gunakan kili klip dan letakkan matakail pada kili klip
sebagai langkah keselamatan untuk mengelakkan pacu ni putuskan tali perambut, saya selalu gunakan circle hook. cara menggunakan circle hook ni agak berbeza. cara ikatan pun agak berlainan kerana matakail ni memerlukan teknik ikatan yang sesuai untuk mendapatkan hook up 100%.
video informasi untuk penggunaan circle hook
hiuh... dah melalut dah ni.... apa pun yang penting.... JANGAN SENTAP... pastikan tali pancing selalu tegang......
selamat mencuba....
-topangler81-
Langgan:
Catatan (Atom)





