12 Disember 2014

Sesi pemanas badan....

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Harini hari jumaat. Orang tua tua kata tak elok memancing pada hari jumaat..... saya tetap ke kolam untuk sesi pemanas badan 2015.... lagipun dah lama sangat  tak memancing.....
7.20 saya sampai kekolam. Tidak mengharapkan apa apa pada kali  ini.... prepare umpan pun tidak. Rasa tergerak hati nak memancing... terus gerak ke kolam.
Saya membeli roti potato jenama utama... ini sahaja yang ada kat kedai yang saya singgah tadi..... saya juga turut membeli roti gardenia untuk dijadikan inti.... strawberi top saya gunakan pada kali ini......
Persediaan umpan
Roti potato
Strawberi paste
Powerbait kuning
Matakail barkeley saiz 10
Braided line 40paun sebagai perambut
Panjang perambut 2 jengkal setiap satu matakail.
Tali utama 15 paun jenama ichiban
Balingan pertama saya labuhkan pada jam 7.40.... lamanya 20minit prepare umpan dan perambut.... maklum la lama tak memancung . Semua perambut entah kemana. Nasib baik ada matakail dalam beg pancing saya. Kalau tak ada ikat umpan kat tali la jawabnya
Nampaknya kurang pemancing hari ini di kolam pancing sekyen 24.... hari jumaat agaknya. Mungkin ramai yang akan ke kolam selepas solat jumaat. Tapi saya lebih suka memancing pagi dan balik pada waktu tengah hari kerana ikan memang lebih aktif pada waktu pagi

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cemana hasil bang?

pertanyaan dan borak borak pancing