01 Mei 2012

salam perkenalan jenahak kolam perdana sea lion.

salam semua.... semalam saya ada bertandang ke kolam perdana sea lion. kolam ni memang terkenal dengan ikan jenahak yang besar-besar. kolam perdana ni taklah sebesar mana tapi ramai sangat pemancing kat situ. nasib baik lah ramai dikalangan pemancing adalah pemancing pro. kalau tak dah tentu  akan bersilang tali.

pada awalnya saya tidak merancang untuk pergi ke kolam semalam. tapi sebab dah agak lama tak cuti, saya pun mengambil cuti setengah hari khas untuk mencuba nasib pula dikolam perdana ini. saya bertolak ke kolam lebih kurang pada jam 1.45 petang dan sampai ke kolam lebih kurang pada jam 2.30 petang. agak malang hari ni kerana kedai yang mejual umpan di tepi-tepi jalan semuanya kehabisan umpan. terpaksalah beli kat kolam pancing. kalau beli kat tepi jalan ni murah sikit.

jam 2.41 petang saya check in dikolam. agak terkejut saya kerana hari ni yang saya rasakan tak ramai pemancing kerana hari ni adalah hari bekerja berlaku sebaliknya. lebih kurang 80 ke 100 pemancing memenuhi segenap ruang di kolam ni. memandangkan agak ramai pemancing saya memutuskan untuk meninjau-ninjau dulu suasana kolam. tak sampai 5 minit meninjau, saya dah tak boleh nak tahan melihat pemancing lain menaikkan ikan. memang sangat meriah kerana disegenap penjuru kolam ada sahaja pemancing yang sedang bergasak dengan ikan. saiz ikan pula memang banyak yang bagak-bagak. purata saiz ikan yang dinaikkan adalah melebihi 2kg seekor!!!

saya bergegas ke kereta untuk mengambil senjata saya iaitu joran dan perkakasan memancing yang lain. saya tengok pada tempat membeli umpan, udang hidup masih banyak tapi ikan belanak sangat berkurangan. jadi saya memutuskan untuk mengambil 3 ekor udang dan 2 ekor belanak. tanpa berlengah saya menghala ke kekiri kolam berdekatan dengan kincir air yang pertama. dikatakan oleh pemancing yang selalu memancing disitu terdapat kolong disitu, tempat yang selalu digemari ikan untuk membuat serang hendap.

senjata saya pada harini adalah joran dari jenama eupro berkekuatan 10-20 paun, tali braided line dari jenama Fins berkekuatan 20 paun dan perambut flocarbon dari jenama seahawk berkekuatan 40 paun. tali sulam dan perambut tangsi saya sambungkan dengan ikatan FG(tengok post saya yang lepas(http://topangler81.blogspot.com/2012/04/ikatan-fg-fg-knot.html) tanpa menggunakan sebarang cili atau perkakasan yang lain. saya menggunakan batu ladung hidup paling kecil dan matakail bersaiz 15 dari jenama daiichi SOI. (harap-harap dapat sponsor la lepas ni hehehehe.......) matakail pula saya ikat dengan menggunakan teknik ikatan snell knot (http://www.netknots.com/html/snell_knot.html) ikatan ini selama ni tak pernah mengecewakan.

saya mencangkukkan udang hidup pada matakail dengan teknik cangkukkan dari mulut udang ke tanduk udang. dengan cara ini udang sukar untuk mati kalau dilakukan dengan betul dan saya menggunakan teknik casting sangat perlahan. caranya..
1. cast umpan melepasi tempat yang anda rasakan ada ikan.
2. tutup bail arm dan angkat joran dengan sangat perlahan sambil membuat henjutan perlahan pada hujung joran. selepas joran tegak gulung lebihan tali dan ulangi proses sampai umpan anda ke tepi kolam.
hm... dah tentu ada yang akan bertanya berapa laju karauan? bagi saya ianya agak bergantung pada keadaan, kadang-kadang perlu terlalu perlahan dan biasanya satu-satu karauan dan tarikan hanya sepanjang jarak setengah kaki sahaja. kalau dihitung dari anda mula-mula retrive reel akan memakan masa lebih kurang 5 ke 7 minit.

balingan pertama saya sasarkan ketengah kolam betul-betul dibawah sangkar. saya memulakan teknik retirive umpan dengan gaya yang perlahan. tak sampai beberapa saat, kedengaran bunyi steeet..... rupanya pemancing disebelah saya sedang berhempas pulas menahan asakan ikan dari masuk kembali ke kolong. nasib tidak berapa menyebelahi beliau kerana ikan berjaya memutuskan tali selepas ikan berjaya masuk kembali kedalam kolong. geseran tali dengan kolong menyebabkan tali tangsi sekasar 80 paun pun putus bagaikan rambut.

selang beberapa saat saya lihat beberapa pemancing disebelah saya di kanan dan kiri sedang bergasak ikan. beberapa hook up berlaku pada masa yang sama. dalam hati saya berkata.. bila pula umpan aku nak dimakan ni..... selang beberapa minit seorang pemancing berjaya menaikkan ikan kerapu dan 2 orang pemancing lain menaikkan jenahak yang bersaiz lebih dari 2 kg!!!!

setelah lebih kurang 15 minit para pemancing bergasak ikan, ikan berhenti makan sebentar. saya pun mula menukarkan umpan kepada ikan belanak kerana saya lihat ramai pemancing yang berjaya menaikkan ikan menggunakan umpan ikan belanak. udang hidup pulak tak berapa galak. bolah katakan 5 nisbah 1. umpan belanak pula saya cangkukkan dengan cara memasukkan matakail kedalam penutup insang dan ditembuskan pada mulut ikan atau atas mulut ikan, dengan cara ini kalau kita tarik umpan, ianya takkan bergerak mengundur sebaliknya ianya akan bergerak normal kedepan.

balingan demi balingan saya  lakukan demi mendapatkan sambaran, akhirnya umpan saya diragut ikan setelah beberapa kali umpan dikemam ikan dan kemudian diluahkan kembali samapaikan sebelah mata ikan belanak saya hilang... ikan menyedut umpan dengan agak perlahan sahaja. saya merasakan joran saya seperti ditarik kedepan dengan perlahan. saya luruskan joran dan buka bail arm . selepas beberapa saat saya  tutup bail arm dan tunggu tali menegang. perlahan sahaja gerakan tali dan akhirnya ia menegang. saya membuat hookup dan selepas itu barulah ikan melawan dengan ganas. joran saya melengkung dan saya terpaksa menggunakan teknik kasar lawan kasar bagi mengelakkan ikan dari masuk ke dalam kolong. menggigil juga tangan kena ikan sebesar ini. tapi perlawanan tak selama mana kerana jenahak ni hanya mempunyai tenaga yang terhad. selang beberapa minit menahan asakan, jenahak 3.5kg berjaya saya naikkan. jenahak terbesar yang pernah saya naikkan...... saya memeriksa perambut dan matakail bagi memastikan ianya masih kuat untuk menahan asakan ikan yang seterusnya....

sejam selepas itu tiada ikan yang ingin menyentuh umpan saya. saya berpindah ke kawasan berdekatan dengan kolong kerana beberapa pemancing berjaya menaikkan kerapu dan siakap sebelum ini disini. saya membaling umpan kearah buih-buih yang terhasil dari kincir air. selepas beberapa balingan saya terkejut kerana sebaik sahaja saya menutup bail arm, ikan menarik dengan sangat kuat. drag kekili abu garcia yang saya gunakan untuk menahan asakan jenahak tadi senang sahaja ditarik oleh ikan ini. saya hanya sempat membuat dua karauan sebelum perambut saya putus terkena kolong.........adoi tensionnya...... ada kemungkinan ianya adalah asakan dari kerapu besar. saya terfikir sebentar kerana drag pada kekili adalah sangat ketat hinggakan jenahak 3.5kg pun tak dapat menariknya tapi kali ini ikan menarik drag dengan sangat mudah, macam takde apa-apa.... mungkin bukan rezeki saya kali ini.......

akhirnya saya menamatkan sesi memancing kali ini dengan 3x tarikan dari ikan. satu terlepas satu dapat dan satu lagi putus. saya nasihatkan kepada pemancing yang ingin memancing dikolam ini, sila sediakan peralatan yang sesuai. saranan saya adalah set minimum adalalah set 30 paun dengan perambut sekurang-kurangnya 60 paun jika andan menggunakan florocarbon dan 80 paun jika anda menggunakan perambut tangsi...\


sekian..
topangler81

1 ulasan:

brohantu berkata...

Macam best jer memancing ikan jenahak. Saya pernah dapat ikan jenahak ketika casting ikan siakap kolam menggunakan umpan udang pasang kopek

Loading...

pertanyaan dan borak borak pancing