16 Januari 2010

Pop up test

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Anda dah tengok semua video yang saya masukkan dalam blog ni? Kalau sudah bagus la, kalau belum bila lagi. Anda ada lihat tak dalam salah satu video tu pemancing kap liar ada menggunakan pop up bagi memudahkan ikan mengesan umpan. Pop up yang digunakan berwarna merah terang atau florocent. Saya dalam usaha nak mengadaptasikan teknik tu. Pernah dulu masa saya memancing rohu saya terjumpa perambut yang dibuat menggunakan tali berwarna electric blue iaitu biru terang. Perambut masih cantik lagi. Matakail pun masih berkilat lagi. Saya pun pasangkan umpan dedak. Saya satukan dengan perambut saya. Ini bermakna saya menggunakan 2set perambut sekali baling. Ikan rohu pertama hingga ke 5 menjamah umpan yang dipasang pada perambut biru tadi. Agak menghairankan. Bila saya tukar perambut lain, respon ikan kurang galak. Lama ikan baru menjamah umpan. Saya gunakan kembali perambut tu dan sekejap sahaja ikan menjamah lagi. Masa tu saya dapat 9ekor rohu dalam masa 1jam setengah. 7 daripadanya makan umpan yang diletakkan pada perambut yang berwarna biru. Kali ni saya akan gunakan pop up yang berupa manik berwarna merah terang. Saiz manik ni lebih kurang 1inci. Perambut saya dah buat tinggal ujian lapangan je yang belum lagi. Lain kali saya akan postkan keputusannya. Ok. Selamat mencuba.

2 ulasan:

apaitubulan berkata...

bole x bg gambar perambut pop up tu cmne?
kat mane bole dapat/beli??

Unknown berkata...

Assalamualaikum. Maafkan saya sebab tak sempat nak upload gambar perambut tu. Perambut tu saya buat sendiri. Kepada yang berminat nak dapatkan perambut ni sila layari www.topmaxpower.blogspot.com

pertanyaan dan borak borak pancing