18 Ogos 2009

Umpan baru test n experiment no 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca semua. Hari ni saya nak kongsi sikit pengalaman saya. Saya ada buat umpan baru. Berasaskan pandan. Umpan ni pada awalnya saya nak buat mancing rohu. Entah macammana patin, tongsan dan talapia pun makan umpan ni. Saya gunakan dedak bomb 286+power bait 001+pandan (special buatan sendiri) . Umpan di bancuh peroi sahaja sebab saya gunakan mata spring. Kalau gaul umpan liat nanti tak lerai pula umpan dalam air. Matakail saya masih cangkuk palet. Tarikan pertama saya dapat menaikkan patin kecil. Selepas itu ada beberapa tarikan yang rabut. Ikan memecut dan selepas beberapa saat tali mengendur dan ikan berjaya melepaskan diri. Kalau ikutkan gaya makan mungkin dari spesis patin. Selepas 1jam lebih ada tarikan lagi dari ikan. Kali ini radar sahaja yang naik turun. Kadangkala tali tegang dan kendur. Saya tak dapat bersabar melihat keadaan itu dan terus menyentap joran. Tongsan lebih kurang 5kg menjamah umpan. Tapi malang lagi nasib saya. Ikan berjaya melepaskan diri hanya beberapa inci je dari tebing. Kecewa betul saya masa tu. Mana taknya umpan baru dijamah tapi asyik rabut je. Bukan rezeki saya agaknya. Lepas beberapa ketika saya berjaya menaikkan seekor talapia merah. Tak sangka pulak umpan ni semua jenis ikan makan. Masa memancing kat rabok bay gunakan umpan ni saya dapat lebih kurang 20ekor rohu. Saya rasakan umpan ni umpan universal. Tak salah jika anda ingin mencubanya. Jika berminat sila email kepada saya. Saya jual dengan harga istimewa. Ok -topangler81-

5 ulasan:

aifamok berkata...

Salam Bro Top, sy nk tanya sikit.
dedak bomb 286 ni yg kuning ke yg merah?
power bait 001 ni perasa apa?

terima kasih

Unknown berkata...

Salam. Dedak bom tu gunakan yang kuning. Pastikan yang original. Power bait tu pulak paket dia warna hijau ada gambar ikan hitam. Bau pandan. Selamat mencuba.

Unknown berkata...

Bro gne spring jew pas2 yg kt spring letak ape..umpan yg bro pakai ni nk ltk kt matakail kew?

Unknown berkata...

Bro menu yg bro wt 2 utk umpan kew utk ltk kt spring?

Unknown berkata...

kalau guna spring, dedak umpan letak kat spring jer. kepal besar penumbuk. matakail letak pallet ataupun roti.

pertanyaan dan borak borak pancing