dalam blog ni saya akan kongsikan pengalaman saya tentang teknik, cara dan rahsia-rahsia memancing kolam berbayar. semoga semua beroleh keberkatan dan rahmat daripada-Nya
02 September 2009
Tragedi september
Salam sejahtera kepada para pembaca semua. Maaf la dah agak lama saya tak update blog ni. Macammana bulan ramadhan ni? Larat tak pergi memancing. Cerita tentang memancing ni memang ada suka dan duka. Langit tak selalunya cerah. Semalam saya pergi la memancing kat kolam kegemaran saya, mana lagi kalau tak di tanjung rabok bay. Cuaca satu hari ni memang sejuk dan hujan gerimis tak berhenti. Umpan 3dalam1 saya gunakan. Ada variasi sikit. Boleh la dikatakan umpan baru. Hati macam was-was je nak pergi ke taknak. Tapi memandangkan ikan masuk banyak dan semalam dah start makan. Untuk makluman, kolam 2 tanjung rabok dah di keringkan. Ikan kolam 2 dimasukkan ke kolam 1 anggapan jumlah berat ikan adalah 4tan. Umpan pertama dilabuhkan tepat jam 12.30 tengah hari. Tak sampai beberapa minit, ikan merentap joran. Tak sempat saya capai joran tali dah mengendur. Tali sufix 12pound putus sekali rentap sahaja. Habis 2set perambut baru menjadi tukun. Tak sempat nak berjasa. Saya tarik joran dan cuba meneliti apa silapnya. Drag tak lah ketat dan tali pulak semalam baru check. Takde luka pun. Kemungkinan ikan ni besar dan libasan ekor semasa ia berenang melarikan diri menyebabkan tali terputus. Tapi saya pasti tarikan tu adalah dari spesis rohu buat tongsan sisik kasar. Tak berpuas hati, saya labuhkan umpan di tempat yang sama. Agak lama takde ikan menjamah. Lepas 20minit baru lah ikan berani menjamah umpan. Ikan rohu pertama lebih kurang 1kg lebih. Masa perlawanan dengan ikan kesilapan berlaku. Tali dalam kelili tak tersusun dengan kemas. Tali juga ada yang kusut. Dengan ikan masih di dalam air, saya buka spool dan keluarkan tali sehinggalah tali kusut dapat dikeluarkan. Berhempas pulas juga saya dengan menahan asakan ikan dan cuba melepaskan tali yang kusut. Lepas tu adik saya datang menemani saya memancing. Masa tu hujan gerimis. Lepas tu ikan makin galak makan. Saiz pulak boleh tahan. Sekilo lebih semuanya. Ada jugak yang lebih dari 2kg. Bila hujan renyai ikan makin galak. Tiap balingan mesti ada yang menjamah. Cuma yang berbeza cepat dan lambat sahaja. Ikan makan lagi. Tarikannya kuat dan laju menandakan rohu besar yang makan. Saya ketatkan sikit drag untuk menambahkan tekanan pada ikan. Joran diangkat agak tinggi tapi ikan masih tak mengalah. Ikan memecut kekiri. Dan setelah beberapa ketika kepala ikan mula timbul. Adik saya cepat-cepat mengambil playar untuk menaikkan ikan yang dah terkulai kat tebing kolam. Saya sedar ikan masih kuat sebab perlawanan tak berapa lama dan ikan pula besar. Tapi tak kisah la ikan dah naik. Masa adik saya cuba membuka matakail tiba-tiba ikan melompat. Saya pun terkejut. Tapi adik saya mengerang kesakitan. Mata kail terpacak di jari tengah tangannya. Tusukan matakail makin dalam bila ikan melompat lagi. Saya pun cuba membantu dengan memegang ikan tapi lendir yang terdapat pada badan ikan menyebabkan saya gagal memegang ikan dengan kemas. Dan ikan melompat lagi sekali. Kali ini saya terkam dengan lebih kuat. Ikan dah berhenti melompat. Saya suruh adik saya tu pegang ikan dengan kuat dan saya cuba mengambil gunting untuk memotong tali perambut. Mujur ikan tak melompat lagi. Saya potong perambut dan matakail masih tertanam di jari adik saya. Kesakitan terkena mata kail ni memang lain macam. Saya juga pernah terkena tapi agak bernasib baik kerana masa matakail tertanam di jari ikan melompat dan mata kail terkeluar mengakibatkan kulit dan isi terkoyak sedikit. Memang ngeri. Tapi itulah asam garam dunia hanyir ni. Berbalik kepada cerita tadi. Saya stop kad dan terus ke klinik. Tapi sempat pulak hantar ikan di kedai. Hari tu saya pulang dengan 10kg rohu dan pengajaran yang tak ternilai harganya. Sekarang saya dah tak guna playar pendek lagi. Playar berhulu merah sepanjang 4inci tu saya gantikan dengan playar berhulu kuning sepanjang 12inci. Dulu pernah seorang rakan menegur saya tentang bahaya penggunaan playar pendek ni tapi saya tak endahkan sangat dan sekarang dah terkena baru nak berubah. Diharapkan para pembaca dapat pengajaran dari pengalaman ngeri saya dan adik saya ni. Sediakan la modal sikit untuk keselamatan sebelum terkena. Anda mampu mengubahnya. -topangler81-
26 Ogos 2009
ombak,angin,hujan dan ikan
assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca semua. saya nak berkongsi pengalaman sikit. semalam saya memancing lagi. entah la bulan puasa ni makin kerap pula saya pergi memancing. masa kat rumah tu saya tengok awan dan cuaca memang macam tak mengizinkan untuk menggasak ikan. tapi saya pergi memancing juga. dah namanya pemancing tegar kan. bukan boleh duduk diam kat rumah. kalau ada masa memang nak ke kolam je. sampat kat kolam lebih kurang pukul 2 petang. saya releks dulu sambil meninjau kawasan yang best. tapi dalam hati asyik berkata-kata. "tak payah memancing la hari ini". tapi akhirnya saya kalah. saya melabuhkan umpan juga. umpan masih umpan yang sama macam dalam eksperimen yang lalu. "hari ni mungkin aku boleh test bab cuaca pulak".
nak di pendekkan cerita hari tu angin memang kuat. seluruh kawasan kolam berangin je. ombak air pulak jangan cerita la. kadangkala tu macam kat pantai pulak. saya start labuhkan umpan pada jam 2.30 petang. angin masih kuat. tapi sekali sekala berhenti dan pada masa angin berhenti tu la ikan menjamah umpan. pada mulanya pacu yang menjamah. oleh kerana saya lupa nak beli radar (plastersin dah habis) saya gunakan pelampung kecil sebagai radar. tapi saya tak rasa ia membantu kerana keadaan angin yang kuat macam tu menyebabkan radar melayang-layang. nasib kurang menyebelahi saya, semasa perlawanan dengan pacu yang pertama matakail yang saya gunakan patah digigitnya. kecewa betul. nampak kelibat pacu tu memang agak besar. kolam yang selalu saya datang memancing ni memang ada pacu yang besar. ada pernah seorang pemancing menaikkan pacu seberat 14kg. besar tu....
masa angin berhenti je ikan makan umpan. dan yang kedua saya dapat tarikan dari rohu. tapi tak besar. anggaran 1.5kg sahaja. tarikan ikan masa angin kuat ni pun lain macam. rohu makan macam talapia makan. tali tegang dan kendur beberapa kali. dah lama macamtu saya pun angkat joran. ingatkan pacu yang kena rupanya rohu. pelik tapi benar. kalau ikut pengalaman yang lalu rohu ni memang tak pernah tak tarik terus. kalau tak tarik pun ia akan makan kebelakang. tapi lepastu terus pecut. tapi kali ni lain macam pulak.
lepas tu saya dapat lagi 2 ekor pacu dengan umpan dedak dan ikan-ikan ni menggayakan daya tarikan yang sangat perlahan. sama macam rohu tadi. mungkin ini caranya ikan megutis umpan. tau-tau je bila ankat joran ikan tak kena. ada kemungkinan tali yang membuai ditiup angin akan memudahkan ikan melepaskan diri. ada kemungkinan juga ikan menjadi takut kerana kocakan air yang berlaku semasa angin bertiup dan jadi tak berminat nak menjamah umpan terutamanya sang rohu. semua ini perlukan kajian yang lebih mendalam.
mungkin saya perlukan gadjet-gadget yang boleh membantu seperti thermometer. barometer dan sebagainya. saya rasa itu yang saya perlukan. kalau para pembaca semua ada benda-benda tu yang nak didermakan kepada saya silakan email kepada saya je.
-topangler81-

Langgan:
Catatan (Atom)