04 Disember 2014

jom beli ramuan umpan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.... apa khabar..... ramai tak yang tertunggu artikel dari saya,....Harap maaf la seba lama sangat dah tak update blog ni. Lama juga saya cuti memancing...
Ok la hari ini saya nak berkongsi resepi umpan pati strawberi... senang je ni. Bahan-bahannya semua boleh didapati dengan mudah di kedai pembekal barangan membuat kek...

Bahan-bahannya
1. Strawberi paste
2. Perisa durian
3. Perisa vanila (vanila powder)
strawberi paste
vanila powder

2. Perisa durian
3. Perisa vanila (vanila powder)

cara pebuatannya.
1. 500g strawberi paste
2. 2 sudu makan perisa durian
3. 5 sudu kecil vanila powder

campurkan mengikut sukatan. kacau sebati dalam botol strawberi paste.

Biasanya saya akan biarkan umpan sebati selama seminggu sebelum menggunakanannya. Ramuan strawberi paste ini boleh digunakan bersama pallet, roti dan sebagainya.....

SELAMAT MENCUBA......

30 Julai 2014

tips pancingan gelama????

salam sejahtera dan selamat hari raya kepada semua.... lama dah saya tak berkongsi ilmu dengan para pemancing semua...
GELAMA...
ikan yang paling sinonim dengan pemancing tebing. Antara ikan yang paling senang di pancing kerana tabiat ikan ini yang tidak memilih umpan.... umpan seperti udang kopek dan hirisan isi ikan adalah umpan yang paling digemari spesis ini. Umpan seperti perumpun merupakan umpan gred A untuk mendapatkan hasil yang banyak jika memancing gelama.

ada juga di kalangan pemancing yang menganggap ikan ini sebagai pengacau yang suka mencuri umpan. terutamanya umpan hirisan ikan dan udang hidup. si gelama akan meratah kaki udang hidup sehinggakan udang hidup tidak dapat berenang dan akhirnya mati...

cara terbaik memancing gelama adalah dengan menggunakan set ringan. bergantung kepada lokasi pancingan, joran sepanjang 6-9 kaki sangat sesuai digunakan. pastikan joran adalah lembut dan fast action. joran fast action akan dapat mengesan getuan sang gelama walaupun gelama kecil. Rentak getuan sang gelama ni sangat mengujakan kerana pemancing perlu cepat untuk membuat sentapan semasa sang gelama membuat getuan. kalau tidak, pastinya sanga gelama yang licik ini akan dapat meloloskan diri

MATAKAIL
Pemilihan matakail yang betul adalah sangat penting kerana mulut gelama yang sederhana besar dan kepandaian sang gelama ni melepaskan diri dari matakail perlu diatasi. Jadi saya lebih suka menggunakan circle hook kecil kerana sangat sifatnya yang tidak memerlukan sentapan, malah ikan akan terlekat pada matakail dengan sendirinya semasa ikan menarik umpan. 
Gunakan matakail bersaiz kecil, seperti no 10-12 kecil
ataupun chinu saiz 6-7
(***gambar cuma nak tunjuk bentuk matakail tu je)

PERAMBUT
perambut sekasar 20-30 paun sudah memadai bagi memancing gelama. saya selalu menggunakan tali perambut yang murah sahaja.. tali brand pancing atau Champion pun dah cukup. perambut batu mati adalah yang paling best untuk gelama
BATU LADUNG
saiz batu ladung perlu disesuaikan dengan keadaan arus, biasanya saya menggunakan batu no2 - no 6 bergantung kepada kelajuan arus.

TEKNIK DAN TAKTIK
memancing gelama ni tak memerlukan teknik yang tertentu, cuma yang membezakan adalah teknik dan timing melakukan sentapan. sebab tu la saya menggunakan mata kail circle. tak perlu sentap. tunggu joran bergetar lentok dan terus angkan joran, TAK PERLU SENTAP...

ok... tu je rasanya yang saya boleh kongsikan buat kali ini. kepada sesiapa yang ada port memancing gelama yang best boleh la saya join sekali.... rindu rasanya dengan getuan karen gelama pisang nih......

TIPS
ikan kecik - umpan kecik, matakail kecik
ikan besar - umpan besar, matakail????

-TOPANGLER81-


pertanyaan dan borak borak pancing