Pacu.... antara tarikan utama menacing di kolam air tawar kerana kerakusannya memakan umpan, Salah satu ahli keluarga Piranha ini memang pantang kalau umpan ada didepan mata. Memang mengasyikkan kerana pacu gadang selalunya akan memberikan tentangan yang memuaskan. Badan yang leper dan otot yang kuat pada ekor membolehkan pacu memberikan larian pantas sebaik sahaja memakan umpan. Memang selalu berlaku sang pacu menerbangkan joran yang dragnya tidak dilaras dengan betul.
![]() ![]() |
pacu 7kg
UMPAN
Antara umpan yang mujarab memikat pacu antaranya ialah
- Cacing
- Udang kopek
- Roti
-Cengkodok
|
Biasanya perambut pacu adalah perambut universal. Pacu tiadak kisah dengan perambut yang digunakan. Cuma pemancing perlu memastikan perambut adalah cukup kuat bagi menahan gigitan gigi tajam pacu, Oleh itu sangat disarankan menggunakan kabel sekurang-kurangnya 20paun
![]() |
saya suka menggunakan perambut jenis ini , jangan lupa perambut dawai |
Matakail bersai sederhana adalah sesuai bagi pacu. Saiz 9-11 sangat sesuai. Jenis matakail pula gunakanlah jenis Chinu ataupun Beak, kalau nak senang pacu terkena matakail, gunakan matakail jenis circle hook
Memancing pacu ni ada teknik dan caranya yang tersendiri. Selalunya pacu akan dipancing 1-2 hari selepas ikan dimasukkan dalam kolam dan biasanya ikan paling aktif pada waktu pagi.