assalamualaikum dan salam sejahtara kepada semua. agaknya anda dah lama menanti untuk mengetahui teknik dan cara memancing patin yang baru yang saya dapat di kolam seksyen 24 shah alam. bukan kat kolam ni sahaja yang pernah dicuba dan turut berkesan dikolam yang ikan patinnya suka bermain dipermukaan kolam dan kurang anak-anak ikan kecil. pallet yang digunakan adalah pallet makanan keli iaitu pallet 6363.
cara pembuatan umpan
1. masukkan pallet kedalam bekas baldi umpan. berat palet yang saya gunakan selalunya lebih kurang sekilogram untuk 3 jam memancing, kalau ikan galak perlukan lagi banyak pallet
2. masukkan air panas yang baru mendidih kedalam bekas pallet. sukatannya adalah sekilogram pallet segelas setengah air panas. goncang-goncangkan baldi umpan dan pastikan air panas tadi terkena pada semua pallet.
3. biarkan selama sejam sebelum digunakan.
cara penggunaannya
1. beli jajan bin-bin 10 peket. dan potong kecil-kecil. lebih kurang dalam setengah inci
2. pastikan jajan lemau dulu. selalunya saya buka plastik dan masukkan dalam peti ais selama sehari semalam
3. jajan yang lemau tadi disangkutkan ke matakail.
4. gunakan perambut tangsi sejengkal V dua mata
5. kepalkan pallet pada matakail yang ada jajan bin-bin tadi. tujuannya jajan akan memegang pallet kepal tadi,
dan akhir sekali. baling ke kawasan ikan sedang bermain.
pastikan umpan terapung dan tali kendur sahaja. kalau ikan merentap kuat anda pasti teruja
ps. tak pernah bangau pakai umpan ni. patin terberat yang pernah saya naikkan guna umpan ni adalah 10.72kg.(kali kedua guna umpan ni)
sekian selamat memancing
-topangler81-
13 ulasan:
Slm bro..nk tanya jajan jagung tuh yg jual kat pasar malam boleh guna ke atau nk dlm cam gambar keropok tu jugak.
rasanya boleh. tujuan jajan tu cuma nak pegang palet jer
Akum..tuan topangler minyak ikan lucky star untuk rohu ada stok x lagi klu ada nk oder kat tuan boleh ke?
tuan, boleh bagi gambar macam mana nk sangkutkn jajan td dgn pallet tuh x? xdpt nk gambarkn lagi nih mcm mana nk sangkut pallet and jajan tu lah. tqvm in advance.
sy pasti pallet pun ada cmpuran..jenis pallet ape yg sgt2 trbaik utk digunekn??lg 1,ape serbuk atau cmpuran yg nk dcmpur pd pallet yg direndam..tlongla sy otai..sy geram tgk pancing org len asyk menggasak je..bgtaula sy step by step..yg pling penting pe cmpuran2 yg buatkn pallet tu sgt2 power?
umpan pallet patin ni selalu saya campurkan dengan serbuk kayu manis sikit jer. buat perisa jer. kadangkala saya campurkan serbuk jintan manis. memang pelik rasanya. cuma kalau cari pallet 6363 tu pastikan jenama dia CARGIL. warna dia agak gelap macam warna dedak dinding. rendam sekejap jer. jangan lembut sangat dan pstikan umpan boleh lerai lepas beberapa minit, bukannya keras macam batu...
selain pallet 6363, ada x pallet lain yg boleh digunakan
Bro
jajan tu campur gn dedak sekali boleh tak?
jajan tu hanya sebagai bahan apung untuk matakail jer. tak perlu campur dengan dedak
Separuh cawan air ? Cawan tu mcm mana ye ? Cawan polisterene ke cawan teh tarik ke hehe. Sebab saya buat pallet masih keras mcm batu
Salam sifu
boleh x umpan ni di blender dan menggunakan pam?
Pernah x sifu cube?
Patin ni suka umpan yg masam
Catat Ulasan