27 Oktober 2011

umpan pallet untuk patin

assalamualaikum dan salam sejahtara kepada semua. agaknya anda dah lama menanti untuk mengetahui teknik dan cara memancing patin yang baru yang saya dapat di kolam seksyen 24 shah alam. bukan kat kolam ni sahaja yang pernah dicuba dan turut berkesan dikolam yang ikan patinnya suka bermain dipermukaan kolam dan kurang anak-anak ikan kecil.  pallet yang digunakan adalah pallet makanan keli iaitu pallet 6363.

cara pembuatan umpan
1. masukkan pallet kedalam bekas baldi umpan. berat palet yang saya gunakan selalunya lebih kurang sekilogram untuk 3 jam memancing, kalau ikan galak perlukan lagi banyak pallet


2. masukkan air panas yang baru mendidih kedalam bekas pallet. sukatannya adalah sekilogram pallet segelas setengah air panas. goncang-goncangkan baldi umpan dan pastikan air panas tadi terkena pada semua pallet.

3. biarkan selama sejam sebelum digunakan.

cara penggunaannya
1. beli jajan bin-bin 10 peket. dan potong kecil-kecil. lebih kurang dalam setengah inci

2. pastikan jajan lemau dulu. selalunya saya buka plastik dan masukkan dalam peti ais selama sehari semalam
3. jajan yang lemau tadi disangkutkan ke matakail.
4. gunakan perambut tangsi sejengkal V dua mata
5. kepalkan pallet pada matakail yang ada jajan bin-bin tadi. tujuannya jajan akan memegang pallet kepal tadi,
dan akhir sekali. baling ke kawasan ikan sedang bermain.
pastikan umpan terapung dan tali kendur sahaja. kalau ikan merentap kuat anda pasti teruja
ps. tak pernah bangau pakai umpan ni. patin terberat yang pernah saya naikkan guna umpan ni adalah 10.72kg.(kali kedua guna umpan ni)

sekian selamat memancing
-topangler81-

13 Oktober 2011

pallet kepal teknik terbaru?

assalamualalikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua. baru-baru ni saya ada midnight kat kolam seksyen 24. lama dah tak memancing midnight. sekarang ni pun harga yuran masuk dah naik tapi takde hal sangat la bukannya mahal sangat pun. lagipun ikannya memang banyak dan senang dipancing.
saya berjaya naikkan 2 ekor patin sahaja malam tu. mungkin kerana cuaca yang hujan gerimis menyebabkan ikan kurang berselera menjamah umpan. saya lihat beberapa orang otai sahaja yang berjaya menaikkan banyak patin. besar-besar juga. saya dekati mereka dan cuba riki-riki apa umpan yang mereka gunakan. terkejut saya bila saya lihat dalam bekas umpan mereka hanya ada palet ikan. alah palet makanan ikan tu. palet ni katanya direndam dengan air sehingga lembut. macam merendam pallet kalau nak memancing rohu macammana? macam tu la.

pada mata kail pula disangkutkan dengan keropok bin bin yang dah lemau. tujuannya adalah umpan dan matakail akan sama-sama terapung. ikan yang bersuka ria memakan pallet yang terapung akan tersedut matakail yang turut sama terapung. dan yang bestnya ikan akan merentap terus pancing anda tanpa segan silu. tiba-tiba je terus sreeet............
okla tunggu post saya yang akan datang ye, saya akan sertakan gambar dan cara pembuatan umpan ni. ok......
selamat memacing...

15 September 2011

umpan out of date

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Lama sangat saya tak update blog ni. Rindu rasanya nak menulis. Lama juga saya tak memancing kerana agak sibuk dengan urusan kerja dan juga nak menyiapkan kereta saya yang saya spray sendiri. Akhirnya dapat juga saya siapkan walaupun masa yang diambil hampir sepanjang bulan ramadhan. 1hari 1jam je saya luangkan masa dan akhirnya siap juga beberapa hari sebelum raya.

Minggu lepas saya bertandang kembali ke kolam pancing seksyen 24. Kalau kesana apa lagi kalau tak kerana patin. Saya masih menggunakan teknik mata gantung dan berumpankan roti. Saya masih menggunakan roti walaupun dikatakan sekarang ikan lebih menggemari umpan dedak pallet yang dibancuh dengan air panas. Saya berharap ikan akan sudi menjamah umpan saya yang dah out of date tu.

Teknik batu gantung yang saya gunakan adalah dengan menggunakan batu ladung saiz 2 dan menggunakan tali hantu 20lb sebagai tali perambut. Saja saya menggunakan perambut jenis ini kerana hanya hilamunam dalam air. Jadi saya menganggap ikan tidak akan dapat melihat tali jadi ini mungkin boleh mengurangkan rasa culas ikan pada umpan.

Saya sampai dikolam pada jam 8.30 pagi. Lewat juga rasanya sebab saya selalu turun memancing patin seawal jam 7 pagi kerana patin memang galak makan pada waktu pagi.

Saya cangkukkan 3 ketul mashmellow putih sebelum memasang umpan pada mata kail. Tujuannya adalah untuk membuatkan umpan timbul. Bukan bermakna umpan timbul di permukaan tapi timbul mengikut kepanjangan perambut. Sama seperti belon yang diisi dengan gas. Ianya boleh terbang tapi tersekat oleh kepanjangan tali yang diikat padanya. Saya pasti anda faham.

umpan pertama saya labuhkan tanpa sebarang getuan dari sang ikan. tapi selepas balingan umpan yang ketiga ikan yang pada mulanya segan nak makan telah mula menjamah umpan. saya lihat radar plastersin mula turun dan naik dan turun kembali dan naik tegang @ pacak terus selama beberapa saat. saya yang berada di pomdok masa itu bingkas bangun dan menuju ke joran untuk menyentap. sentapan sedang-sedang jer yang saya lakukan, itupun kerana mahu memastikan matakail terlekat kemas pada mulut ikan. dan hasilnya patin pertama pembuka tirai pada hari ini adalah patin skala 1kg, selepas patin yang pertama menjamah umpan tiap kali balingan umpan pasti akan dijamah ikan. balingan yang kedua juga menghasilkan patin skala 1-2kg sahaja.

patin ketiga ni sama sahaja gaya makannya dengan patin yang pertama dan kedua tadi. tapi gayanya agak perlahan sedikit menandakan ianya patin yang agak besar. tali menegang agak perlahan tetapi terus tegang seperti tanpa ada sekatan. reel tica 554 yang lama tidak beraksi mula menyanyi. saya segera menuju ke joran. saya angkat sahaja joran dan terus layan kerana saya pasti matakail terlah tertacap kemas pada mulut ikan.
saya angkat joran dan gelengan pertama ikan yang berada jauh ditengah kolam agak kuat. saya pasti ianya patin yang tak kurang dari 3 kg. kali ini perlawanan agak lama dan beberapa kali kekili tica saya menjerit meminta tali. saya ketatkan drag sedikit bagi memastikan saya dapat mengawal ikan dari mengganggu pemancing yang berada berdekatan. namun kali ini tentangan ikan agak kuat, saya hanya boleh memberikan tentangan sedikit dan ikan memecut laju kekiri dan ke kanan.

hampir 3 minit perlawanan ikan terasa semakin lemah dan saya mula berjaya mengawal ikan yang telah menyebabkan saya terpaksa menyusupkan joran keatas dan kebawah joran pemancing lain bagi mengelakkan  tali dari berbelit. akhirnya ikan mula timbul, besar ni jer tapi kuat. bisik saya seorang diri. apakan tidaknya dengan skala ikan yang hanya 3kg itu tetepi ia memberikan tentangan seperti ikan berskala 5 kg keatas, memang seronok kerana telah lama saya tidak merasakan rentapan ikan dihujung joran.

selepas ikan ketiga saya naikkan, ikan agak kurang menjamah. jam pun telah menunjukkan jam 11 pagi. masa ikan makan dah berlalu rasanya. selang setengah jam umpan tidak dijamah saya menukarkan umpan dengan yang baru dengan harapan bau umpan yang masih segar akan lebih menarik minat ikan untuk menjamah umpan. sangkaan saya tepat kerana tali pancing saya tegang dengan cepat lagi kali ini. ianya telah tengang selama 5 saat tetapi tidak kendur dan saya mula menyentap joran. sentapan mengena. tapi kali ini ikan patin skala 1 kg yang mengena. tapi seronok juga dapat melayan daya juang ikan ni walaupun hanya seberat 1kg sahaja. setelah ikan sampai ketebing kolam saya dengan yakin ingin mengangkat ikan tanpa menggunakan tangguk kerana matakail telah berada jauh kedalam mulut ikan. tapi sangkaan saya meleset kerana matakail terlepas dari mulut ikan dan ikan berjaya meloloskan dari. alamak ruginya kenapa tak pakai tangguk tadi.... tapi apa boleh buat dah bukan rezeki kita nak buat macamana lagi.

selepas itu tiada lagi ikan yang sudi menjamah. dan saya pulang dengan 3 ekor ikan patin skala 1-3kg. boleh la saya jadikan lauk untuk santapan bersama seisi keluarga.

sekian

29 Ogos 2011

salam aidilfitri

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. lamanya saya tak update blog ni. bz sangat rasanya dengan hobi baru. tapi memancing ni memang saya tak pernah ketepikan. cuma kadangkala tu kena break sekejap saja nak tunggu gian memancing tu datang. harini dah masuk hari yang ke 29 kita umat islam berpuasa dan esok kemungkinan besar kita akan menyambut aidilfitri. dan saya pasti sekarang ni ramai yang berada di kampung halaman.

saya pun sekarang ni tengah berada di kampung isteri saya di perak. kawasannya memang cukup terjaga dan hidupan liar masih banyak disini. tak terkecuali spesis ikan. selalu saya lihat pemancing disini lebih menggemarkan pancingan air tawar berbanding air masin. saya diberitahu dikawasan ini masih terdapat banyak ikan selat didalam sungai. ada juga pemancing yang menaikkan ikan sebarau dan kelah. paling mengejutkan ada yang mendapat ikan kelisa atau arwana lebih kurang sekilogram disungai disini. ini menandakan sungai disini masih bersih. terkejut juga saya bila mendengar pemancing mendapat kelisa besar dikawasan yang berdekatan dengan petempatan manusia.apa pun yang paling penting adalah keperihatinan kita sebagai manusia untuk memelihara keindahan alam untuk kesejahteraan kita bersama.

ok la.... dikesempatan ini saya ingin menguccapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua. maaf zahir batin. semoga salah dan silap saya harap dimaafkan

sekian
-topangler81-

19 Ogos 2011

pemancing dan ramadhan



assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. apa khabar? harap semuanya sihat dan sejahtera. harini dah masuk hari yang ke 19 kita akan berpuasa. macammana puasa anda tahun ni? malam ni dah masuk malam 10 terakhir. kita digalakkan untuk beramal ibadat dengan lebih tekun kerana memanti kedatangan malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam lailatul qadar. namun bagi pemancing tegar, tak kisahlah sama ada bulan ramadhan atau tidak memancing tetap memancing. kalau dah namanya nelayan....

tak salah sebenarnya memancing pada bulan ramadhan ni. cuma pemancing itu sendiri perlu mempunyai daya ketahanan dan niat yang betul. jangan pula jadikan memancing sebagai alasan untuk anda tidak berpuasa. dan lebih malang lagi kalau ada yang tidak berpuasa dikolam pancing dan bila balik rumah berlakon seperti orang yang sedang keletihan berpuasa. apa pun ianya terpulang kepada anda. saya juga selalu memancing pada bulan ramadhan tapi tak pernah saya jadikan alasan kepanasan dan kepenatan memancing untuk tidak berpuasa. kalau kita niat memancing mencari rezeki untuk keluarga dan hasil tangkapan yang kita dapat tu dijadikan juadah berbuka dan dibahagikan pula pada jiran-jiran kan amat besar pahalanya.....

okla saya nak kongsikan sedikit tips yang saya amalkan semasa memancing pada bulan ramadhan

1. memancing pada awal pagi dan balik sebelum tengah hari
2. pakai baju lengan panjang dan bertopi
3. pilih tempat atau lubuk yang ada pokok
4. layan ikan dengan tenang dan bersahaja
5. banyakkan berzikir semasa menunggu ikan menjamah umpan dan jangan berborak
6. niatkan dalam hati memancing untuk mencari rezeki
7. sedekahkan hasil tangkapan untuk dinikmati sesama jiran

itu sahaja rasanya... oh ya jangan lupa semasa memancing jangan pula gatal-gatal bawak makanan atau minuman kalau kalau terasa lapar dan dahaga. kalau macamtu memanglah akan kantoi puasa.

sekian

29 Julai 2011

salam ramadhan

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. salam menyambut ramadhan. harap-harap ikan jangan la nak puasa plak bulan ramadhan dan jangan ada pula yang tak berpuasa kerana memancing.

26 Jun 2011

mencuba nasib...

19 jun 2011. pertandingan memancing GP selangor berlangsung di tasik banting baru. lebih kurang 2000 orang pemancing menyertai pertandingan ini. saya juga tak terlepas peluang untuk mencuba nasib memancing disini/ saya berbekalkan umpan roti untuk mencari sang patin.
padat memang padat

masing masing tekun menunggu ikan 

yang mana satu joran ni aku punya

joran untuk memancing pantai pun boleh ke?


walaupun saya tak dapat ikan masa tu, tapi memang best memancing pertandingan besar ni. semuanya sporting. ikan dah makan pancing saya 2 kali tapi tak lekat. bukan rezeki saya kot...........

sekian

16 Jun 2011

kepentingan peralatan asas memancing 2

Tali


Bila dah ada reel mesti ada tali barulah lengkap. tali yang sesuai adalah bergantung kepada pengalaman dan peralatan yang telah dibincangkan sebelum ini. Setiap joran dan reel ada menunjukkan saiz dan berat tali yang sesuai digunakan. Kesilapan boleh menyebabkan peralatan tadi rosak dan lagi teruk kalau joran yang mahal tu patah atau reel rosak kerananya. Perlu diingat memancing air tawar tak memerlukan perlawanan kasar lawan kasar, jadi tali tak perlulah terlalu kasar.

Bagi saya memadai menggunakan tali 10-12 pound jika memancing pada hari biasa. Tali ada bermacam-macam. Ada tali sulam dan ada tali tangsi. Kebanyakan pemancing air tawar lebih menggemari tali tangsi berbanding sulam. Itu semua bergantung kepada pemancing itu sendiri. Seeloknya gunakan tali yang berkualiti baik. Tapi tak semestinya yang mahal. Contohnya tali ichiban floroucarbon, sufix ultra knot dan dam quick long cast. Saya suka menggunakan tali ichiban commander 15 paun sebagai tali utama.

Gunakan tali yang berdiameter halus tetapi kuat. Diameter tali akan menentukan jarak balingan anda. Lagi besar tali lagi sukar bagi anda untuk mendapat jarak balingan yang jauh dan tepat ke sasaran. Saya suka menggunakan tali berdiameter 0.25mm kebawah. Dengan diameter kecil saya dapat membuat balingan jauh dan kekuatan tali juga tak perlu dirisaukan. Biasanya diameter 0.25 mempunyai kekuatan antara 10-15 pound. Jika tali floroucarbon ia biasanya mempunyai kekuatan yang lebih iaitu 18-20 pound.


Saya lebih menggemari tali tangsi flourocarbon, tak kisah la apa jenama pun. Saya pernah mengkaji kelebihan satu-satu tali. Saya dapati dengan menggunakan tali flourocarbon lebih banyak ikan yang saya dapat.  Saya sendiri tak berapa percaya. Selama ini saya ingatkan penggunaan tali tak berapa penting dalam memancing air tawar ni, tapi akhirnya saya tak dapat menyangkalnya lagi.

Cili klip


Cili klip. Pembantu yang sangat berguna yang menyambungkan hujung tali dengan perambut. Tak perlu nak potong tali dan ikat semula. Dengan menggunakan klip hanya buka klip dan tukar perambut. Cara ikatan yang betul adalah sangat penting. 


matakail




Matakail sangat penting dalam memancing. Kadangkala matakail ni la yang akan membezakan hasil tangkapan. Penggunaan matakail yang sesuai akan dapat menghasilkan tangkapan yang lebih. Ramai dikalangan kaki pancing terlepas pandang dengan perkara ini. Ada seorang pemancing yang ternama yang saya kenali sangat mementingkan ketajaman dan saiz matakail. Katanya matakail adalah yang paling utama. Yang kedua barulah umpan. Pada awalnya saya tak mempercayainya. Satu hari kami memancing bersama. Saya dapati beliau menggunakan matakail yang kecil tapi sangat tajam. Saya pula hanya menggunakan matakail yang paling murah yang saya boleh dapat. Nak di pendekkan cerita selepas memancing selama beberapa jam, beliau mendapat 35 ekor ikan rohu tapi saya hanya mendapat 4 ekor sahaja. Saya minta umpan yang beliau gunakan. Ada tarikan dari ikan tapi ikan kerap rabut.
                    Masalah ikan kerap rabut menyebabkan saya bertanya kepada beliau tentang apa masalahnya. Beliau dengan sinis menjawab “matakail cap ayam macammana nak dapat ikan banyak” saya makin rasa tertekan bila beliau dapat menaikkan lagi beberapa ekor ikan. Beliau ada mengesyorkan beberapa jenama matakail yang patut saya gunakan.
Inilah senarai jenama matakail yang diberikan
1.   Barkley
2.   Gamakatsu
3.   Daiichi
4.   Mustad
Matakail dari jenama-jenama ni memang mudah didapati.  Tapi harganya yang kadangkala menjadi penghalang. Tapi anda boleh bezakan sendiri. Saiz matakail yang dipilih perlulah padan dengan spesis ikan yang hendak dipancing. Kalau matakail terlalu besar sukar bagi ikan menelannya. Kalau terlalu kecil juga masalah terlucut juga boleh berlaku.

Berikut adalah saiz matakail dan spesis ikan yang saya gunakan. Saiz matakail ini adalah mengikut urutan menaik iaitu no 1 paling kecil dan no24 paling besar. Jenama berkley dan mustad biasanya menggunakan nombor seperti ini.

Jenama matakail= Barkley chinu
Saiz matakali       bentuk matakail             spesis ikan
No 2-6                           chinu                    rohu
No 8-17                         chinu                    patin
No 10-15                       chinu                    tongsan
No 8-12                         chinu                    pacu


bersambung.....

08 Jun 2011

kepentingan peralatan asas memancing

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua..... lama saya tak kongsikan info dalam blog ni. sekali terfikir pulak nak berkongsi tentang peralatan asas memancing yang penting dan mesti dibawa semasa memancing dikolam air tawar

joran dan mesin pancing-

 perlatan ni adalah yang paling asas. mestilah nak kena bawak joran dan mesin pancing kalau nak memancing. kalau tak macammana nak memancing kan?

playar-

 ia adalah alat bantuan untuk membuka matakail atau membuang sengat ikan terutamanya ikan patin dan keli. selalunya pemancing tidak menghiraukan kepentingan playar ni. ianya sangat berguna sekiranya anda menggunakan perambut bermata banyak seperti perambut spring dan mata rambai. kalau matakail tercucuk ditangan... haru.....

pancang joran-

pancang ni juga sangat penting sebenarnya. ianya berguna untuk memastikan joran dipegang kukuh terutamanya semasa terkena tarikan ikan. takkan nak tengok set pancing anda tu menjadi tukun kolam....

jaring ikan
kegunaan jaring ikan adalah untuk memastikan ikan dalam keadaann segar semasa memancing. masukkan ikan kedalam jaring dan masukkan kedalam kolam dan diikat. selalunya pemancing akan berputih mata kerana ikan patin atau keli yang dipancing voleh keluar dari jaring yang tidak diikat...


bersambung.......

31 Mei 2011

rahsia umpan power

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua. maaflah lama saya tak berkongsi ilmu dengan anda semua. tapi saya bukan kedekut ilmu ye..... lama juga saya tak memancing. memandangkan anak ketiga saya masih lagi dalam pantang, jadi saya stop dulu memancing ni. mungkin juga dalam minggu ni saya akan turun memancing plabuk seksyen 24. lama dah tak kesana..... 

istilah umpan power memang kerap digunakan pemancing, tapi apa disebalik rahsia umpan power ni? kalau ikut pengalaman saya umpan power ni bagaikan sesuatu yang unik, hasil dari kajian pemancing itu sendiri. saya rasa anda pun ada umpan yang anda katakan power tu..... umpan power bermaksud umpan yang selalu mengena ikan sasaran. kalau dikolam air tawar, umpan yang baik sangat memainkan peranan. kalau tak kena umpannya memang ikan sukar atau tak mahu langsung menjamah umpan tu...... masalah yang biasanya berlaku ialah apabila ada pemancing lain yang mempunyai resepi umpan yang lebih baik dan pemancing itu akan menggasak ikan. ini selalu yang dicemburui pemancing lain.

bagi saya pemancing mestilah cepat belajar, tidak mengharapkan satu-satu resepi umpan sahaja. cuba dan terus mencuba. kadangkala umpan yang tak berapa masuk akal itulah yang power. memang saya tak nafikan.... saya pun ada beberapa jenis umpan yang dibuat daripada daun pokok dan pewangi.. .memang berkesan. namun selalunya saya gunakan dalam kes-kes emergency sahaja seperti masa ikan tak mahu makan langsung walaupun dah lama masuk kedalam kolam. pencetus nafsu makan ikan ni sangat penting sebenarnya. selalunya kalau ikan dah mula makan ianya akan makan dan terus makan......

biasanya umpan pada satu-satu kolam tak sama dengan umpan dikawasan kolam yang lain. ianya bergantung kepada umpan apa yang banyak digunakan disana. pernah saya memancing, ikan dikolam tersebut tidak mahu langsung menjamah umpan yang tidak dicampurkan dengan minyak ikan, berjam-jam juga saya menanti ikan menjamah umpan tapi langsung tak diusiknya. adalah seorang rakan pemancing yang baik hati memberitahu saya bahawa ikan dikolam ini hanya akan makan umpan yang dicampurkan dengan minyak ikan.  saya campurkan beberapa tiitk minyak ikan pada umpan yang saya gunakan tadi dan barulah ikan menjamah umpan. bukan setakat jamah je malah bergasak pulak lepas tu....


kalau anda fikirkan kenapa ada sahaja orang yang selalu menggasak ikan. tapi bukan tiap kali memancing orang tu akan menggasak ikan? padahal dia menggunakan umpan yang sama seperti hari yang dia bergasak tu. kenapa pula ikan tak nak makan umpan dia kali ini? 

sebenarnya bagi saya tiada istilah umpan power ni. semuanya bergantung kepada rezeki yang dikurniakan oleh Ilahi. yang penting kita kena berusaha. usaha tanpa mengenal putus asa dan bertawakkal serta berdoa agar dimurahkan rezeki. memancing pun jalan mencari rezeki yang halal tapi bukan jackpot ye........ dan setelah kita dikurniakan rezeki yang murah jangan pula kita lupa untuk bersyukur......

sekian

28 Mei 2011

musim cuti sekolah

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua..... musim cuti sekolah dah pun bermula. Masa nilah yang terbaik untuk memancing bersama keluarga. Kalau selama ini pemancing hanya mementingkan rakan-rakan dan ikan serta kepuasan sendiri maka musim cuti sekolah inilah masa terbaik untuk mengeratkan kembali ikatan sekeluarga. memancing bersama lagi seronok rasanya. tapi kenala pandai mengawal anak terutama anak yang masih kecil. pada masa ini juga sang isteri yang selalu terperuk dirumah menjaga anak boleh release tension.

19 Mei 2011

amalan murah rezeki

20 Amalan Murah Rezeki
PDF
Cetak
E-mail

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapaDalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat 
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak 
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha Amalan solat 
Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada AllahSyukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. 

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. 


Salah satu nama Allah, 
al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim) 

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal 
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3) 
Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Koleksi ANIS

14 Mei 2011

tips memancing di musim panas



assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. panasnya sekarang ni. mujurlah ada sedikit jerubu yang membantu mengurangkan terik sang mentari. musim panas ni memang ramai yang akan turun memancing. bagi pemancing kolam air tawar, masa ni la selalunya ikan akan kerap naik, ikan akan kerap makan terutamanya bagi spesis yang suka menjamah umpan pada waktu siang seperti rohu.... air kolam pun mula mengurang dan akan menyebabkan ikan akan berkumpul disesetengah lokasi lubuk. jangan pelik kalau musim panas ni ikan akan berpindah lubuk.

kalau ikutkan pengalaman saya pada musim panas ni ikan lebih sukakan umpan yang hampir dengan permukaan. jadi bubalah gunakan pelampung, mana tau akan berjaya. memancing dimusim panas ni memerlukan kita bersedia dari segi fizikal dan mental. berjam-jam ditengah panas boleh membawa keburukan kepada manusia.

hidrasi- lebih dikenali sebagai kekurangan air dalam badan. ini berlaku kerana badan kita akan berpeluh untuk menyejukkan badan. peluh yang banyak akan menyebabkan badan kekurangan air. ia boleh menyebabkan rasa lemah dan pitam. kemungkinan boleh membawa maut jika terlalu kekurangan air.

kanser kulit- sinaran matahari yang memancar mengeluarkan sinaran UV yang membahayakan dan dikatakan boleh menyebabkan kanser kulit

mata ikan- kepanasan boleh menyebabkan panas dalam badan. jika ini berlaku anda akan berasa sagnat tidak selesa dan boleh menyebabkan bibir pecah dan mata ikan. sakitnya bukan kepalang

tips memancing pada musim panas

minum air dengan banyak

bawalah bekalan air semasa anda memancing. air kosong atau air mineral sangat membantu. bawa saja dari rumah. kalau beli dikaunter pastikan tidak memilih air bergas. digalakkan meminum sekurangya 8 gelas sehari. tapi kalau pada musim panas macam ni minumllah lebih. kalau anda malas nak bawak air dari rumah dan kaunter kolam tidak pula menjual air, terpaksa la teguk air kolam nanti.

gunakan alat perlindungan- 




Alatan perlindungan seperti topi, jeket, long sleeve dan sebagainya sangat membantu. ada juga pemancing yang suka membuka baju semasa memancing pada waktu panas. sebenarnya itu adalah cara yang salah. membuka baju akan menyebabkan peluh cepat menyejat dan tidak dapat menyejukkan badan pada waktu yang lama. seeloknya pakai baju yang boleh menyerap peluh. peluh yang diserap akan menyejat perlahan dan ini dapat menyejukkan badan anda.

krim pelindung matahari





gunakan krim perlindungan matahari atau sun block. ianya akan membantu melindungi dari sinaran merbahaya yang boleh menyebabkan kanser kulit dan kemerahan pada kulit atau sun burn yang menyakitkan. tapi ada pemancing yang berkata kalau menggunakan sun block ni ikan akan lari.... tak tahulah...

berteduh didalam pondok



berteduh lah didalam pondok semasa anda memancing. 

ini adalah sebahagian dari tips-tips yang mungkin anda boleh amalkan. semoga pemancing semua sihat selalu

sekian

05 Mei 2011

tips menjaga perambut air tawar

perambut, merupakan salah satu elemen terpenting dalam memancing. tanpa perambut rasanya tak lengkap la satu-satu perkakasan memancing tu. perambut pula ada bermacam-macam. bagi pancingan air tawar perambut adalah mengikut spesis yang hendak dipancing. misalannya kalau hendak memancing rohu, gunakanlah perambut rohu seperti perambut spring dan sebagainya. perambut juga bergantung kepada lokasi tempat memancing dan keadaan semasa memancing samaada memancing pada hari biasa atau memancing dalam masa pertandingan.


perambut spring untuk memancing rohu

berikut adalah tips menjaga perambut yang saya amalkan selama ini

1. keringkan perambut selepas digunakan

2. sapukan sedikit minyak pada matakail terutamanya matakail yang senang karat seperti daiichi

3. periksa ikatan dan simpulan pastikan semuanya kuat dan ketat

4. periksa tali perambut sama ada ada luka atau tidak, kalau terdapat luka buangkan sahaja dan buatkan yang baru

 5.letakkan dalam bekas yang terdedah udara seperti tupware atau baldi memancing

 6. asingkan perambut anda. jangan campurkan banyak-banyak nanti jadi mee goreng susah nak guna

 7. simpankan ditempat khas yang jauh dari kanak-kanak dan haiwan peliharaan

8. sesudah kering, simpanlah dalam bekas simpanan anda. senang kalau nak memancing nanti. kalau lupa bawa perambut macammana nak memancing.

saya juga ada menyimpan beberapa contoh perambut lama yang pernah saya gunakan. tujuannya adalah untuk membuat kajian tentang perambut yang mana satu menjadi pilihan ikan di sesebuah kolam. kadangkala memancing ni perambut  tu aje yang ikan nak makan tapi perambut lain ikan tak nak makan pulak walaupun seakan sama sahaja. ikan pun pandai memilih. 
jagalah perambut anda.....
sekian
-topangler81-

29 April 2011

hujan yang membawa rahmat.

hujan..... ada yang sukakannya dan ada yang bencikannya, ada pula yang tak kisah dengannya. kalau bab memancing ni hujan sangat memainkan peranan. waktu sebegini la adakalanya ikan akan kuat makan dan gile makan. ada juga masa hujan ni ikan mendiamkan diri, mengamati irama hujan yang memecah kesunyian kolam agaknya. bagi saya, kalau hujan itu memandakan masa untuk memancing patin. patin memang spesis yang sukakan perubahan cuaca. kalau memancing malam pun anda boleh perhatikan yang ikan patin akan galak makan bila air kolam menjadi sejuk. biasanya kalau kolam dalam dalam pukul 3-4 pagi ikan akan mula galak makan.



ibu fatin yan memakan umpan pada waktu petang

kalau anda rasakan sukar nak memancing patin ni terutamanya dikolam pancing, cubalah turun disebelah pagi. awal-awal pagi. kalau kolam tu buka 24 jam turun la memancing selepas subuh, paling lewat pada jam 7 pagi anda dah sampai ke kolam. masa memancing pulak hingga jam 11 pagi. kalau petang turun la pada jam 5 petang.

kalau ikutkan pengalaman saya, memancing pagi paling baik untuk patin. kadangkala pacu pun sudi menjamah umpan, tapi si rohu masih lena dibuai mimpi. umpan pada waktu pagi selalunya saya gunakan umpan yang tak berapa kuat baunya, tapi kuat sedikit dari umpan yang digunakan pada sebelah malam. ikan patin ni akan menggunakan sepenuh deria baunya pada waktu malam, pada siang hari pula kepanasan akan membuatkan molekul air menjadi lebih kembang. oleh itu si patin tak perlu la menggunakan sepenuh derianya pada waktu siang kerana pada waktu siang bau akan lebih mudah meresap dalam air

pernah tak anda membancuh gula? mesti pernah kan. tak kirala masa nak buat air minuman dan sebagainya. kenapa orang suka menggunakan air panas untuk melarutkan gula. kenapa pula tak menggunakan air sejuk? anda pasti tahu jawapannya kan. begitulah juga dengan keadaan umpan dalam kolam. sebab tu la ada otai-otai memancing patin ni mengatakan yang patin ni memerlukan umpan yang berbeza pada waktu malam dan siang. maknanya umpan malam dan siang ni tak sama. apa yang saya boleh berikan adalah pada waktu malam umpan perlu berbau lembut sahaja. jangan ada bau mencucuk atau keras. siang pula gunakan bau yang agak kuat tapi jangan la terlalu kuat. kalau anda selalu memancing pada waktu malam gunakan la umpan malam tu untuk malam sahaja dan buatlah umpan lain ketika siang menjelma. 

walaupun memancing ni memang memerlukan nasib, tapi adakah anda pernah terfikir, adakah para otai patin tu sentiasa bernasib baik? ataupun usaha mereka yang membezakan antara para elit kolam dengan pemancing biasa. pernah juga selalu dengar yang otai itu dan ini selalu menang pertandingan. kenapa agaknya ya. hanya yang berfikir yang akan mendapat jawapannya. pernah juga saya mendengar pemancing dari luar negara berkata "hanya 10% pemancing yang mendapat 90% ikan" rasa-rasanya anda berada dimana?

sekian
-topangler81-

26 April 2011

tips menyimpan joran pancing



Assalamualaikum dan salam satu malaysia.

Joran, antara peralata yang terpenting dalam dunia memancing. Ada juga pelbagai jenis  mengikut kesesuaian penggunaan samaada untuk kegunaan air tawar atau air masin, tugas ringan atau tugas berat. Semuanya adasatu tugas utama iaitu untuk membantu pemancing melawan ikan dan menyerap tekanan. Harganya pula dari belasan ringgit hinggalah belasan ribu!!!...... tapi bagaimana pula cara menjaganya? Kali ini saya nak kongsikan sedikit tips menyimpan  joran.
      
1.   Sebelum disimpan joran hendaklah dibersihkan. Selalunya perkara inilah yang pemancing ambil tak endah. Kalau anda selalu memancing dikawasan air masin, perkara ini adalah sangat penting untuk menjamin ketahanan joran

2.       Keringkan joran dengan kain bersih. Biarkan joran kering sepenuhnya sebelum disimpan

3.       Sapukan sedikit minyak pada cincin. Lapkan lebihan minyak tadi.

4.       Simpan joran didalam bekas atau tempat simpanan khas. Anda juga boleh beli beg simpanan joran yang dijual dikedai-kedai pancing.

5.       Pastikan joran disimpan ditempat yang bersih dan kering. Jauhkan dari terkena panas matahari atau menyimpan didalam kereta. Kepanasan boleh merosakkan joran terutamya joran grafit


Itulah antara tips-tips yang saya amalkan untuk memastikan joran saya tahan lama. Joran kegemaran saya untuk memancing air tawar telah berusia 7 tahun. Walaupun tak mahal tapi ia tidak pernah gagal melakukan tugasnya. Hm... sudah berapa kali anda beli joran

24 April 2011

pemancing dan solat atas bot



assalamualaikum..... dah solat ke belum? teringat lagi saya. pertanyaan itulah yang selalu atuk dan nenek saya selalu tanyakan........ anda mesti ingat pada zaman remaja atau kanak-kanak, mak bapak kita sangat pentingkan hal solat ni. sampaikan kalau bermain pada waktu maghrib pastinya akan mendapat 'habuan' masa balik rumah nanti....... sebenarnya agak susah saya nak masukkan enrti ni sebenarnya dan bukan bertujuan untuk menyinggung sesiapa. cuma sekadar berkongsi pengalaman dan ilmu kepada pembaca semua.

pastinya ada yang akan bertanya macammana nak solat kalau berada dilautan luas. terutamanya diatas bot yang agak kecil. tapi ada caranya. bukan susah pun tapi cuma kemahuan yang akan membezakan antara kita mahu pun tidak tepuk dada tanya iman. sila rujuk pada blog link bawah  ini ye....

20 April 2011

minyak lucky star dan dedak bomb AA

assalamualaikum dan salam satu malaysia. umpan memancing ikan air tawar ni ada bermacam-macam. ada pemancing yang menggunakan roti hinggalah menggunakan pallet. pelbagai resepi umpan yang dicipta pemancing yang mempunyai satu matlamat yang sama, iaitu untuk mendapatkan ikan. resepi umpan adalah berbeza diantara kolam. jarang ada umpan universal atau umpan yang pasti makan kalau memancing dimana-mana. boleh kita katakan kolam ini bagaikan satu wilayah atau negara yang mempunyai budaya atau adat yang berbeza. bagi pemancing yang suka mencari pengalaman untuk menjelajah dan mencari ikan, pastinya keadaan ini akan berlaku. kalau anda selalu memancing di sesebuah kolam sahaja ia takkan menjadi masalah dan mungkin anda adalah golongan elit atau otai di kolam tu..................



memancing rohu memerlukan umpan yang spesifik kerana ikan ini sangat memilih umpan. kalau umpan tak sedap memang boleh bangau walalupun ikan banyak. dulu selalu saya menggunakan minyak lucky star. minyak ini agak mudah didapati disekitar selangor. kalau kat tempat lain tak tau la ada ke tidak.


minyak ikan lucky star





minyak udang lucky star

kalau anda bertanya kepada saya yang mana yang paling best untuk memancing rohu. pilihan saya adalah minyak yang berlebel hijau tu. iaitu minyak ikan. tapi tak tau pula bagaimana penangan minyak udang lucky star ni. tak pernah saya cuba pula. 

ini pula dedak bomb yang biasa saya gunakan untuk memancing rohu...


dedak bomb AA adalah yang sebelah kiri . kanan pula dedak udang. campuran dua dedak ni kalau dicampurkan dengan minyak lucky star pun kadang-kadang  menggasak juga. terutamanya untuk memburu rohu. 

nisbah campuran 
2 bahagian dedak bom AA + 1 bahagian dedak + 1 penutup minyak lucky star. buat peroi dan gunakan perambut spring. pallet rendam atau potongan roti kecil letakkan pada matakail.

selamat mencuba.

13 April 2011

panggilan mekong seksyen 24

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca..... lamanya saya tak memancing, gatal betul tangan ni nak merasa tarikan ikan. memang best kan masa tarik ikan tertamanya ikan yang kita tarik tu besar dan kuat. ikan air tawar yang diketogorikan ikan yang paling kuat didunia tidak lain dan tidak bukan adalah patin mekong. hanya pemancing yang pernah berlawan dengan ikan ini saja yang tahu bagaimana rasanya melawan ikan ini dengan set air tawar. memang penat.... kita dah penat tapi ikan tak penat-penat.......................



dulu kalau pemancing nak merasakan ikan ni perlulah bertandang ke thailand, sekarang ni tak perlu lagi kerana banyak kolam pancing yang dah memasukkan ikan ini ke kolam mereka. kolam yang paling hampir  adalah kolam pancing seksyen 24 shah alam. didalam kolam ini ada 279 ekor patin mekong dan yang lainnya adalah ikan patin biasa dan lain-lain spesis air tawar. masalah yang sering berlaku adalah pemancing tak tahu bagaimana teknik dan umpan yang perlu digunakan untuk mendapatkan patin mekong ini. kalau anda bertanya kepada saya, saya pun tak tahu apa umpan khas untuk mekong ni. saya pernah mendapat patin mekong ini dengan menggunakan umpan yang berbau masam. umpan masam macam roti masam, umpan yang menggunakan tapai dan sebagainya pernah dikatakan digemari oleh patin mekong ni. yang penting kena terus mencuba resepi-resepi baru. RnD pemancing ni ada kalanya memerlukan belanja yang besar. pernah juga saya terbaca dalam forum yang pemancing pernah digasak patin mekong sampaikan tali utama 30 paun putus, umpan yang digunakan pula adalah umpan peraman masam yang terdiri daripada tapai dan kelapa. bahan-bahan lain yang dicampurkan tidak pula dinyatakan. 

besarnya patin mekong ni

dikatakan juga patin mekong ni cepat membesar jika terdapat banyak makanan, jika dalam kolam yang selalu ada pemancing memang akan ada banyak makanan. mungkin patin mekong dalam kolam pancing seksyen 24 ini akan mencecah puluhan kilo dalam beberapa tahun yang akan datang. kalau la patin mekong ni boleh membesar sampai begitu besar, mungkin akan ada pemancing yang membawa set jigging laut ke sana. hoho.... tak sabar rasanya nak turun memancing.
-topangler81-

pertanyaan dan borak borak pancing