28 September 2009

Jalan jalan cari ilmu di kolam air masin sea lion

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni saya nak cerita sikit pengalaman saya semalam. Semalam saya try gi casting siakap kat port klang kat tanjung harapan. Dah lama betul saya tinggalkan casting gewang sampai nak cast guna reel multiplayer pun dah tak pandai. Akhirnya saya terpaksa gunakan reel spinning je. Casting di muara lebih bergantung kepada nasib. Kalau betul kena masa dan ketikanya parti ikan akan menyambar gewang. Tapi kali ini nasib tak menyebelahi saya dan adik saya. Tiada sambaran. Dan tak nampak langsung ikan menyambar anak-anak ikan. Dan lebih malang lagi tiada langsung anak ikan yang bermain air. Saya perhatikan ada tompokan minyak. Bau diesel agak kuat. Mungkin itulah yang menyebabkan ikan lari. Selepas beberapa jam tanpa sebarang sambaran, kami bergerak melawat kolam pancing air masin sea lion. Kolam ni terletak dekat je dengan tanjung harapan. Kami mulakan dengan kolam satu. Kolam yang paling murah. Rm53 masuk dan 12/jam. Ada lebih kurang 30 orang pemancing. Pemancing kolam air masin mempunyai teknik yang berbeza. Rata-rata menggunakan tali sulam berwarna merah sebagai tali utama. Mungkin dari jenama powerpro. Pemancing ada yang memancing dasar dan ada juga yang menggunakan pelampung. Yang memancing dasar biasanya akan gunakan perambut 1/2meter. Batu ladung diletakkan di tengah perambut dan matakail 1/0. Kalau yang guna pelampung pula, perambut lebih kurang sedepa. Pelbagai teknik digunakan. Ada yang menggunakan teknik tarikan perlahan dan ada yang parking sahaja. Saya perhatikan pemancing yang rajin lebih banyak mendapat tarikan. Mereka menggunakan teknik tarikan yang perlahan. Caranya. Lepas cast, bail arm masih terbuka, tarik perlahan-lahan tali menggunakan tangan. Lebih kurang 2inci tarikan tali sesaat. Sambil tangan merasakan jika ada getuan dari ikan. Bila kelihatan tali dah agak panjang ditarik gulung tali masuk kedalam spool. Ulangi langkah tadi. Saya dapati ada beberapa orang yang menggunakan teknik ni dan hasilnya boleh tahan. Ada yang mendapat 3 ekor jenahak. Pemancing yang menggunakan pelampung biasanya lagi rajin. Balingan tepat kearah sangkar ikan di tengah kolam. Pelampung akan digerakkan sekali sekala. Bila pelampung bergerak tanda ada getuan. Saya dapati ikan akan makan macam cara tongsan makan jika menggunakan pelampung. Pelampung akan ditarik kebawah dan selepas itu pelampung akan ditarik oleh ikan kearah kiri atau kanan depan atau belakang dan pada masa ini pemancing akan segera menegangkan tali sedikit. Lepas lebih kurang 5 hingga 7 saat baru sentapan dilakukan. Pemancing kolam air masin biasanya akan menggunakan cara keras lawan keras. Jadi perambut tali dan peralatan memancing mestilah yang tahan lasak. Apa yang menarik saya lihat pemancing disini sangat memahami pemancing yang lain. Bila seorang pemancing terkena ikan pemancing lain akan cepat cepat gulung pancing sehinggalah ikan di naikkan. Dan jika salah seorang pemancing mendapat ikan pemancing lain akan baling ke tempat pemancing yang dapat ikan tadi. Dan hasilnya kadangkala kita boleh lihat beberapa pemancing mendapat tarikan pada masa yang sama. Jika tali berbelit pun takde pun pemancing yang naik berang. Macamana kalau semua ni berlaku di kolam air tawar kita? Mungkin keharmonian ni boleh di guna pakai di kolam air tawar pula. Mesti best kan kalau macamtu.

26 September 2009

Kolam batu bata kemuning

Hari ni kolam batu bata rohu start makan. Jumlah masuk 600+ kg.

23 September 2009

matakail murah vs mahal

asslamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian. salam lebaran buat pembaca semua. sempena bulan yang baik ni saya ucapkan
SELAMMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN

saya nak cerita sikit. tadi saya ada ke kedai pancing. TCE tackle di lunas kedah. kebetulan pula saya pulang ke kampung isteri saya. masa kat kedai tu saya pun membelek mata kail. perancangan saya masa kat rumah saya nak test carp hook terbaru keluaran fire eagle. carp hook ni berbentuk pelik sedikit. lubang tali menghadap kearah hadapan. kalau tengok video memancing mat saleh selalunya mereka gunakan matakail yang berbentuk macam ni untuk ikan yang menyedut umpan terutamya spesis carp. saya nak uji pulak keberkesanan matakail ini dalam pancingan air tawar di negara kita. memang tak biasa tengok matakail macam ni. lepas tu saya jumpa pulak matakali jenama blue eyes. murah je matakail tu sepeket baru rm1. macam tak percaya je. lepas beberapa ujian, ujian ketajaman dan ketahanan menggunakan playar, saya yakin dengan kekuatan dan ketajamannya. tapi dari segi tahan karat saya tak tahu lagi. saya akan lakukan ujian lapangan nanti. saya gunakan 2 playar bagi membengkokkan matakail tapi tak berjaya. katanya ada campuran titanium. jurujual kat kedai tu tengok semacam je masa saya buat ujian tu. mungkin dia tak pernah tengok orang buat macamtu. ada juga beberapa jenama lain yang berjaya saya bengkokkan dengan menggunakan jari sahaja. tak nak la pula ceritakan dalam blog ni.
ok la. saya akan updatekan eksperimen saya dalam blog ni nanti. kalau anda ada apa-apa cadangan tentang matakail, tali perambut, umpan silalah email kepada saya. boleh saya uji nanti. ook!!!
sekian
-topangler81-

19 September 2009

Mancing dan raya.

Siang tadi saya ada pergi memancing. Hari terakhir puasa pun boleh memancing. Semalam pun ikan kuat makan. Sangat kuat makan. Tiap kali cast mesti ada sambaran. Sampaikan saya tak sempat nak pasang umpan. Saya hanya gunakan palet sebagai umpan cangkuk kat matakail dan umpan dedak saya kepal pada cili klip sahaja. Bila ikan makan kuat cara ni paling senang nak dapat tangkapan yang banyak pada masa yang singkat. Dalam masa 2jam sahaja saya berjaya menaikkan 15ekor rohu. Itu tak termasuk 5kali ikan lepas dan 2kali perambut putus. Macam tak percaya je. Saya gunakan pelampung berperambut 2jengkal sebab saya lihat ikan bermain dipermukaan air. Permainan pelampung juga memerlukan ketepatan balingan. Perlu juga meneliti permukaan air. Penggunaan palet sangat membantu. Sewaktu ikan makan umpan, rohu akan menarik pelampung kebawah. Kerana kepantasan dan tekanan palet akan terlepas dari matakail. Palet ini lah yang akan timbul di permukaan. Anak-anak ikan dan udang akan memakan palet tadi. Anda akan dapat lihat palet di kerumuni oleh anak ikan. Ini adalah penanda yang tepat. Lagi satu saya perhatikan rohu akan sama sama berkumpul dengan anak ikan yang memakan palet. Ini akan menyebabkan anak ikan dan udang bertempiaran lari bila di langgar oleh rohu. Kalau air kolam jernih fenomena ini sangat mengujakan. Itu juga boleh dijadikan tanda bahawa ikan ada disitu. Pemerhatian sangat penting bagi pemancing. Semoga para pembaca sekalian mendapat rahmat dan rezeki yang lebih. Sekian -topangler81-

18 September 2009

Selamat hari raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ramadhan al mubarak dah hampir menutup tirai. Kenangan bulan puasa tahun ni berlainan dari tahun-tahun sebelumnya. Diharapkan kita tabah menghadapi cabaran yang akan datang. Semoga kita akan berjumpa dengan ramadhan tahun datang. Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

16 September 2009

Jadual kemasukan ikan. Tanjung rabok bay spesis rohu 14/9 jumlah 900kg

15 September 2009

Batu dan bata

Assalamualaikum. Sabtu lepas saya ada pergi memancing kat kolam batu bata kemuning. Dah lama sangat saya tak mancing kat kolam ni. Sekarang ni tauke kolam pun dah tukar. Alhamdulillah sekarang tauke kolam melayu yang mengambil alih. Kadar bayaran masuk pun dah murah. Rm25/3jam. Termasuk jackpot rm5. Bangunan kantin dan kaunter pun dah berubah. Terkejut juga saya bila kaunter bayaran dah menghadap ke pemancing. Nampak kemas sikit sekarang. Saya memancing lebih kurang bermula pada jam 12tengah hari. Masuk-masuk kolam je tengok ada member yang tengah menggasak kat pondok depan. Dia sorang je yang dapat ikan banyak. Mungkin rezeki dia agaknya. Saya gunakan resepi baru. Tak tau la nak bagi nama apa resepi ni. Tapi ia terdiri dari dedak bomb, power bait, dan palet. Pada jam pertama saya dapat 3tarikan dari sang rohu, tapi dari 3tarikan cuma 2ekor sahaja yang berjaya dinaikkan. Seekor berjaya meloloskan diri dengan memutuskan tali. Tak sangka tali sufix extra strong boleh putus sekali rentap sahaja. Ini pertama kali berlaku. Mungkin matakail tersangkut pada tali utama dan menyebabkan tali terputus. Saya memancing bersama dengan geng cari makan dan ternyata umpan yang mereka gunakan sangat berkesan. Tiap kali balingan pasti ada yang menjamah. Apa yang saya dapat tahu mereka gunakan kerisik sebagai umpan. Yang lain tak tau la apa yang dicampurkan. Boleh dikatakan tiap 3ekor yang mereka dapat saya baru dapat seekor. Syok juga tengok ikan galak makan. Ikan-ikan di kolam ni memang terkenal dengan kekuatannya. Jika nak dibandingkan dengan rabok bay ikan disini seakan 3x lebih kuat. Bayangkan ikan 3.4kg memerlukan 13minit untuk dinaikkan menggunakan set 10-20lb dan tali 12lb. Jika di rabok sudah tentu ikan akan mengikut sahaja kalau drag diketatkan. Tapi disini tidak. Lagi ketat lagi kuat ikan melawan. Perlawanan menyebabkan saya terpaksa bergerak ke kiri kolam sejauh 25meter dari tempat saya memancing. Terpaksalah mengganggu pemancing lain. Tapi mereka semua sporting. Malah ada yang tolong menaikkan ikan menggunakan playar. Dah lama tak main ikan besar lenguh juga tangan dibuatnya. Saya puas melayan rohu besar. Tarikan pertama yang mendebarkan menghabiskan lebihkurang 50meter tali dalam masa seminit. Lepas tu barulah ikan berhenti. Petang. Ikan lagi kuat makan. Hinggakan tak sempat nak pasang umpan pada matakail. Selang beberapa minit ikan makan selepas umpan di baling. Seronok betul. Melihatkan geng cari makan yang tak cukup tangan saya cukup cemburu. Perbezaan ketara pada umpan dan perambut menyebabkan saya kalah. Tapi memang susah nak korek rahsia mereka ni. Kalau betul-betul kawan baru mereka bagitau. Itupun kadangkala tak cukup syarat. Kalau campuran umpan tu 5bahan mungkin mereka akan beritahu 4sahaja. Tapi tak semua yang begitu. Ada juga yang tak lokek ilmu. Saya pulang dengan 7ekor rohu. Paling berat 3.4kg seekor. Bila ditimbang jumlah berat ikan adalah 13.5kg. Tapi geng cari makan tu dapat 48kg. Perbezaan yang sangat ketara. Cukuplah untuk dapatkan balik modal dan duit umpan. Alhamdulillah. -topangler81-

08 September 2009

ekstravaganza siakap 11.2kg



salam sejahtera semua. pernahkah anda dengar tentang siakap air tawar? mungkin ada yang pernah dan ada yang tidak. siakapa air tawar ni macam siakap air masin juga tapi ia hidup di kawasan air tawar. sabtu lepas saya pergi memancing lagi di kolam yang sama. kali ni saya gunakan pelampung pula. masa saya meninjau kawasan kolam ni saya dapat lihat banyak ikan yang bermain di permukaan kolam. jadi saya hanya gunakan pelampung sepanjang 1 kaki sahaja. kat kolam ni kalau pelampung terlalu dalam ikan agak kurang menjamah. kadangkala lagi pendek pelampung yang saya gunakan. saya masuk memancing dah agak petang. lebih kurang pukul 3.30 petang. macam biasala persiapan di buat sebelum bayar. nak jimatkan masa. umpan pertama saya labuhkan. dan umpan kedua. umpan yang ketiga barulah ikan nak menjamah. terkejut juga saya bila ikan ni melompat selepas terkena pancing. guna pelampung selau tak lompat tapi kali ini ia melompat pulak. bunyi percikan air yang agak kuat dan ikan lebih kurang 2.5 kg berjaya dinaikkan. bila masa saya naikkan ikan tu ada seorang pakcik yang dah lama saya kenal kat kolam parking kat sebelah saya. katanya dia nampak ikan melompat dan terus ketempat saya. saya pun tak kisah. ada la kawan nak berborak. kami gunakan pelampung nak dipendekkan cerita, masa tu memang banyak ikan yang bermain di permukaan sampaikan pelampung pun dilanggarnya. rohu ke dua dan seterusnya melomppat lepas terkena pancing. memang best. macam mancing siakap kata pakcik tu. lepas beberapa minit ikan keempat saya, pelampung pakcik tadi bergerak macam kena tarik pemancing lain. pelampung tak tenggelam tapi bergerak je. lepastu apa lagi, angkat joran dan sentap. kami tekejut besar. saya agak tongsan yang makan tapi siakap!!!! saiznya memang sangat besar. ikan lemah gemalai bila di tarik ketebing. matakail ada yang tersangkut pada perut ikan menyebabkan ia berenang terbalik dan inilah faktor yang melemahkan ikan. saya capai playar panjang dan kepit pada sayap bawah perut ikan. beratnya bukan main. bola di timbang ia seberat 11.2kg!!!! lepastu ikan dah tak menjamah umpan. masa nak berbuka pun dah hampir. akhirnya saya pulang dengan 4 ekor rohu dan seekor tongsan sisik halus. masa perjalanan pulang hati saya berdetik "bila agaknya saya nak dapat siakap sebesar tu" sekian
-topangler81-

02 September 2009

Tragedi september

Salam sejahtera kepada para pembaca semua. Maaf la dah agak lama saya tak update blog ni. Macammana bulan ramadhan ni? Larat tak pergi memancing. Cerita tentang memancing ni memang ada suka dan duka. Langit tak selalunya cerah. Semalam saya pergi la memancing kat kolam kegemaran saya, mana lagi kalau tak di tanjung rabok bay. Cuaca satu hari ni memang sejuk dan hujan gerimis tak berhenti. Umpan 3dalam1 saya gunakan. Ada variasi sikit. Boleh la dikatakan umpan baru. Hati macam was-was je nak pergi ke taknak. Tapi memandangkan ikan masuk banyak dan semalam dah start makan. Untuk makluman, kolam 2 tanjung rabok dah di keringkan. Ikan kolam 2 dimasukkan ke kolam 1 anggapan jumlah berat ikan adalah 4tan. Umpan pertama dilabuhkan tepat jam 12.30 tengah hari. Tak sampai beberapa minit, ikan merentap joran. Tak sempat saya capai joran tali dah mengendur. Tali sufix 12pound putus sekali rentap sahaja. Habis 2set perambut baru menjadi tukun. Tak sempat nak berjasa. Saya tarik joran dan cuba meneliti apa silapnya. Drag tak lah ketat dan tali pulak semalam baru check. Takde luka pun. Kemungkinan ikan ni besar dan libasan ekor semasa ia berenang melarikan diri menyebabkan tali terputus. Tapi saya pasti tarikan tu adalah dari spesis rohu buat tongsan sisik kasar. Tak berpuas hati, saya labuhkan umpan di tempat yang sama. Agak lama takde ikan menjamah. Lepas 20minit baru lah ikan berani menjamah umpan. Ikan rohu pertama lebih kurang 1kg lebih. Masa perlawanan dengan ikan kesilapan berlaku. Tali dalam kelili tak tersusun dengan kemas. Tali juga ada yang kusut. Dengan ikan masih di dalam air, saya buka spool dan keluarkan tali sehinggalah tali kusut dapat dikeluarkan. Berhempas pulas juga saya dengan menahan asakan ikan dan cuba melepaskan tali yang kusut. Lepas tu adik saya datang menemani saya memancing. Masa tu hujan gerimis. Lepas tu ikan makin galak makan. Saiz pulak boleh tahan. Sekilo lebih semuanya. Ada jugak yang lebih dari 2kg. Bila hujan renyai ikan makin galak. Tiap balingan mesti ada yang menjamah. Cuma yang berbeza cepat dan lambat sahaja. Ikan makan lagi. Tarikannya kuat dan laju menandakan rohu besar yang makan. Saya ketatkan sikit drag untuk menambahkan tekanan pada ikan. Joran diangkat agak tinggi tapi ikan masih tak mengalah. Ikan memecut kekiri. Dan setelah beberapa ketika kepala ikan mula timbul. Adik saya cepat-cepat mengambil playar untuk menaikkan ikan yang dah terkulai kat tebing kolam. Saya sedar ikan masih kuat sebab perlawanan tak berapa lama dan ikan pula besar. Tapi tak kisah la ikan dah naik. Masa adik saya cuba membuka matakail tiba-tiba ikan melompat. Saya pun terkejut. Tapi adik saya mengerang kesakitan. Mata kail terpacak di jari tengah tangannya. Tusukan matakail makin dalam bila ikan melompat lagi. Saya pun cuba membantu dengan memegang ikan tapi lendir yang terdapat pada badan ikan menyebabkan saya gagal memegang ikan dengan kemas. Dan ikan melompat lagi sekali. Kali ini saya terkam dengan lebih kuat. Ikan dah berhenti melompat. Saya suruh adik saya tu pegang ikan dengan kuat dan saya cuba mengambil gunting untuk memotong tali perambut. Mujur ikan tak melompat lagi. Saya potong perambut dan matakail masih tertanam di jari adik saya. Kesakitan terkena mata kail ni memang lain macam. Saya juga pernah terkena tapi agak bernasib baik kerana masa matakail tertanam di jari ikan melompat dan mata kail terkeluar mengakibatkan kulit dan isi terkoyak sedikit. Memang ngeri. Tapi itulah asam garam dunia hanyir ni. Berbalik kepada cerita tadi. Saya stop kad dan terus ke klinik. Tapi sempat pulak hantar ikan di kedai. Hari tu saya pulang dengan 10kg rohu dan pengajaran yang tak ternilai harganya. Sekarang saya dah tak guna playar pendek lagi. Playar berhulu merah sepanjang 4inci tu saya gantikan dengan playar berhulu kuning sepanjang 12inci. Dulu pernah seorang rakan menegur saya tentang bahaya penggunaan playar pendek ni tapi saya tak endahkan sangat dan sekarang dah terkena baru nak berubah. Diharapkan para pembaca dapat pengajaran dari pengalaman ngeri saya dan adik saya ni. Sediakan la modal sikit untuk keselamatan sebelum terkena. Anda mampu mengubahnya. -topangler81-

pertanyaan dan borak borak pancing