Tali
Bila dah ada reel mesti ada tali barulah lengkap. tali yang sesuai adalah bergantung kepada pengalaman dan peralatan yang telah dibincangkan sebelum ini. Setiap joran dan reel ada menunjukkan saiz dan berat tali yang sesuai digunakan. Kesilapan boleh menyebabkan peralatan tadi rosak dan lagi teruk kalau joran yang mahal tu patah atau reel rosak kerananya. Perlu diingat memancing air tawar tak memerlukan perlawanan kasar lawan kasar, jadi tali tak perlulah terlalu kasar.
Bagi saya memadai menggunakan tali 10-12 pound jika memancing pada hari biasa. Tali ada bermacam-macam. Ada tali sulam dan ada tali tangsi. Kebanyakan pemancing air tawar lebih menggemari tali tangsi berbanding sulam. Itu semua bergantung kepada pemancing itu sendiri. Seeloknya gunakan tali yang berkualiti baik. Tapi tak semestinya yang mahal. Contohnya tali ichiban floroucarbon, sufix ultra knot dan dam quick long cast. Saya suka menggunakan tali ichiban commander 15 paun sebagai tali utama.
Gunakan tali yang berdiameter halus tetapi kuat. Diameter tali akan menentukan jarak balingan anda. Lagi besar tali lagi sukar bagi anda untuk mendapat jarak balingan yang jauh dan tepat ke sasaran. Saya suka menggunakan tali berdiameter 0.25mm kebawah. Dengan diameter kecil saya dapat membuat balingan jauh dan kekuatan tali juga tak perlu dirisaukan. Biasanya diameter 0.25 mempunyai kekuatan antara 10-15 pound. Jika tali floroucarbon ia biasanya mempunyai kekuatan yang lebih iaitu 18-20 pound.
Saya lebih menggemari tali tangsi flourocarbon, tak kisah la apa jenama pun. Saya pernah mengkaji kelebihan satu-satu tali. Saya dapati dengan menggunakan tali flourocarbon lebih banyak ikan yang saya dapat. Saya sendiri tak berapa percaya. Selama ini saya ingatkan penggunaan tali tak berapa penting dalam memancing air tawar ni, tapi akhirnya saya tak dapat menyangkalnya lagi.
Cili klip
Cili klip. Pembantu yang sangat berguna yang menyambungkan hujung tali dengan perambut. Tak perlu nak potong tali dan ikat semula. Dengan menggunakan klip hanya buka klip dan tukar perambut. Cara ikatan yang betul adalah sangat penting.
matakail
Matakail sangat penting dalam memancing. Kadangkala matakail ni la yang akan membezakan hasil tangkapan. Penggunaan matakail yang sesuai akan dapat menghasilkan tangkapan yang lebih. Ramai dikalangan kaki pancing terlepas pandang dengan perkara ini. Ada seorang pemancing yang ternama yang saya kenali sangat mementingkan ketajaman dan saiz matakail. Katanya matakail adalah yang paling utama. Yang kedua barulah umpan. Pada awalnya saya tak mempercayainya. Satu hari kami memancing bersama. Saya dapati beliau menggunakan matakail yang kecil tapi sangat tajam. Saya pula hanya menggunakan matakail yang paling murah yang saya boleh dapat. Nak di pendekkan cerita selepas memancing selama beberapa jam, beliau mendapat 35 ekor ikan rohu tapi saya hanya mendapat 4 ekor sahaja. Saya minta umpan yang beliau gunakan. Ada tarikan dari ikan tapi ikan kerap rabut.
Masalah ikan kerap rabut menyebabkan saya bertanya kepada beliau tentang apa masalahnya. Beliau dengan sinis menjawab “matakail cap ayam macammana nak dapat ikan banyak” saya makin rasa tertekan bila beliau dapat menaikkan lagi beberapa ekor ikan. Beliau ada mengesyorkan beberapa jenama matakail yang patut saya gunakan.
Inilah senarai jenama matakail yang diberikan
1. Barkley
2. Gamakatsu
3. Daiichi
4. Mustad
Matakail dari jenama-jenama ni memang mudah didapati. Tapi harganya yang kadangkala menjadi penghalang. Tapi anda boleh bezakan sendiri. Saiz matakail yang dipilih perlulah padan dengan spesis ikan yang hendak dipancing. Kalau matakail terlalu besar sukar bagi ikan menelannya. Kalau terlalu kecil juga masalah terlucut juga boleh berlaku.
Berikut adalah saiz matakail dan spesis ikan yang saya gunakan. Saiz matakail ini adalah mengikut urutan menaik iaitu no 1 paling kecil dan no24 paling besar. Jenama berkley dan mustad biasanya menggunakan nombor seperti ini.
Jenama matakail= Barkley chinu
Saiz matakali bentuk matakail spesis ikan
No 2-6 chinu rohu
No 8-17 chinu patin
No 10-15 chinu tongsan
No 8-12 chinu pacu
bersambung.....
1 ulasan:
:).. terima kasih.. ada skit boleh belajar
Catat Ulasan