dulu kalau pemancing nak merasakan ikan ni perlulah bertandang ke thailand, sekarang ni tak perlu lagi kerana banyak kolam pancing yang dah memasukkan ikan ini ke kolam mereka. kolam yang paling hampir adalah kolam pancing seksyen 24 shah alam. didalam kolam ini ada 279 ekor patin mekong dan yang lainnya adalah ikan patin biasa dan lain-lain spesis air tawar. masalah yang sering berlaku adalah pemancing tak tahu bagaimana teknik dan umpan yang perlu digunakan untuk mendapatkan patin mekong ini. kalau anda bertanya kepada saya, saya pun tak tahu apa umpan khas untuk mekong ni. saya pernah mendapat patin mekong ini dengan menggunakan umpan yang berbau masam. umpan masam macam roti masam, umpan yang menggunakan tapai dan sebagainya pernah dikatakan digemari oleh patin mekong ni. yang penting kena terus mencuba resepi-resepi baru. RnD pemancing ni ada kalanya memerlukan belanja yang besar. pernah juga saya terbaca dalam forum yang pemancing pernah digasak patin mekong sampaikan tali utama 30 paun putus, umpan yang digunakan pula adalah umpan peraman masam yang terdiri daripada tapai dan kelapa. bahan-bahan lain yang dicampurkan tidak pula dinyatakan.
besarnya patin mekong ni
dikatakan juga patin mekong ni cepat membesar jika terdapat banyak makanan, jika dalam kolam yang selalu ada pemancing memang akan ada banyak makanan. mungkin patin mekong dalam kolam pancing seksyen 24 ini akan mencecah puluhan kilo dalam beberapa tahun yang akan datang. kalau la patin mekong ni boleh membesar sampai begitu besar, mungkin akan ada pemancing yang membawa set jigging laut ke sana. hoho.... tak sabar rasanya nak turun memancing.
-topangler81-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan