22 Jun 2009

ikan besar


ikan patin yang aku dapat pada 1/1/2008. memang amat mengujakan apabila sang patin ini mengajak aku berlawan dengannya selama lebih kurang 30 minit. umpan roti yang digunakan dijamah dengan tarikan 2 kali. tarikan pertama tak lekat dan tarikan kedua terus tidak berhenti dalam anggaran masa 5 minit. tangan mula menggeletar akibat menahan asakan ikan. ikan tak berhenti menekan walaupun ia bergerak perlahan. sama seperti sebuat kancil yang masuk gear satu. perlahan tapi tak dapat ditahan.

selang beberapa minit saya menahan spool dengan jari mengharapkan ikan berhenti tapi ternyata ia tak mahu berhenti. ia bergerak dari kiri ke kanan dan kekanan dan kiri. pada mulanya ia telah berjaya dibawa ketebing tapi bila ia nampak akan kelibat manusia, ia mula menggila lagi. kali ini ia menuju kearah kincir air kolam..... hati saya semakin berdebar keranan ia semakin hampir dengan kincir tersebut.

Tiada ulasan:

pertanyaan dan borak borak pancing