Asslamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Lamanya saya
tak update blog ni. Lama jugak sebenarnya saya tak memancing atas sebab-sebab
yang tak dapat dielakkan. Terbuka pula hati bulan November ni saya nak
memancing. Memandangkan dah lama sangat tak memancing, banyak la peralatan yang
dah entah kemana. Cari punya cari, joran dan reel keasayangan saya hilang la
pulak. Abu Garcia complete set reel n rod(cari gambar dalam internet takde plak…)
. Kenangan rod dan reel tu saya naikkan
ikan patin 13kg… ikan patin terbesar yang pernah saya daratkan masa saya
mula-mula memancing dulu…
November… selalu orang kata bulan ni musim bulan tengkujuh…
aair sejuk. Ikan main atas-atas jer. Apa lagi.. masa ni la nak test umpan musim
tengkujuh. Biasanya pada musim macam ni, musim air sejuk ni, saya gunakan umpan
yang tak berapa kuat baunya. Sedang sedang sahaja. Kalau dibandingkan antara
pandan dan strawberi untuk memancing patin, saya lebih memilih kepada pandan…
terutamanya jika umpan tu ada bauan macam kelapa-kelapa sikit. (hahahha….. dah
bagi hint ni…)
bahan-bahan perlu dicampur dan diadunkan menjadi paste. campurkan mauripan dalam paste masa nak mancing. tabur sikit kat roti atau pallet.. selamat mencuba