apa yang paling penting dalam ikatan FG ni adalah semasa anda membakar hujung tangsi, pastikan ianya bulat dan sedikit timbul. tugas utamaya bagaikan stopper kalau sulaman kita tak ketat dan kuat. apa yang peting anda perlulah banyak berlatih kalau hendak menghasilkan ikatan yang kuat. ikatan FG yang saya buat telah menaikkan banyak jenahak dan siakap merah tanpa sebarang masalah.
buangkan segala perkataan susah, payah, leceh dari dalam kepala anda dan belajarlah perkara baru..... lagi satu. ikatan ni hanya sesuai untuk tali perambut tangsi atau florocarbn yang keras sahaja, agak sukar jika anda menggunakan perambut halus dan lembut. kalau menggunakan florocarbon, perambut 40 paun pun boleh dibuat ikatan FG ni, tapi kalau perambut tangsi mungkin memerlukan perambut sekasar 80 paun dan keatas
sekian
selamat mencuba
Tiada ulasan:
Catat Ulasan